Selasa, Mac 25, 2014


Jika sebelum ini, kita dah baca mengenai tindakan Pesuruhjaya PAS Selangor yang teragak - agak nak buat pendirian berkaitan dengan isu peralihan kerusi Menteri Besar.

Kenyataan tersebut dilihat sebagai satu langkah "Play Safe" yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor tu bagi menjaga kepentingan Politik dirinya sendiri.

Dia takut nak buat sebarang pendirian biarpun pendirian tersebut turut melibatkan masa depan serta hala tuju rakyat di negeri Selangor tu sendiri. (Klik Sini)

Padahal, dia yang paling layak untuk buat sebarang pendirian kerana dia mewakili suara akar umbi ahli PAS di Selangor. Kenapa pulak nak diserahkan kepada PAS Pusat?

Sebelum "Langkah Kajang" bermula pun, kita dah dengar dan baca pandang dari kalangan pemimpin - pemimpin PAS Selangor terutama dari kalangan Dewan Pemuda.

Semuanya dengan lantang menolak sebarang pertukaran bagi kerusi Menteri Besar Selangor tu. Bagi mereka, tindakan tersebut dianggap sebagai tindakan yang 'Tidak Wajar' dibuat.

Malah kepimpinan PAS Pusat juga turut ada yang menolak sebarang perancangan PKR untuk menggugurkan Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagi kepimpinan Dewan Pemuda PAS Selangor, kemelut yang timbul tidak melibatkan PAS dan tak de kaitan pun dengan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar.

Jadi, untuk apa pulak diorang nak tukar Menteri Besar Selangor tu tanpa sebab musabab yang sah dan kukuh? Kalau setakat nak ikut rasa TAMAK sesetengah pihak, jangan libatkan PAS.

Itu jugak hasrat yang telah dibuat oleh Pak Berahim. Dia pun turut menyatakan bahawa 'Tiada Keperluan untuk PKR menukar Menteri Besar Selangor' pada ketika ini.
"Kita dah buat kenyataan sebelum ini bahawa isu Menteri Besar itu perlu dibincangkan dengan melibatkan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.


"Ia perlu melibatkan ketiga-tiga parti komponen yang memerlukan perbincangan di peringkat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya kepada Antarapos.
Nah!!! Sekarang konflik kepimpinan Pakatan di Selangor tu semakin bertambah celaru. Mungkin itu yang telah direncanakan oleh puak - puak Parti Kecohkan Rakyat tu dalam agenda "KajangMove" diorang sebelum ni. Nak buat kecoh tak tentu arah je kerjanya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping