Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon mahkamah memberikan ganti rugi RM200,000 kepadanya dalam kes samannya terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan empat lagi berhubung artikel berkaitan pengeluaran kad pengenalan biru di Sabah.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Wan Ahmad berkata pihaknya memohon jumlah itu kerana dakwaan dalam saman itu melibatkan maruah, integriti dan reputasi Wan Ahmad.
"Kami pohon ganti rugi tidak kurang RM200,000 diberikan kepada plaintif (Wan Ahmad) supaya ia jadi teladan kepada pihak-pihak yang cuai dalam membuat tuduhan dan fitnah," katanya kepada media selepas kes itu disebut di dalam kamar hakim Lee Heng Cheong.
Hari ini mahkamah sepatutnya memberikan keputusannya.
Bagaimanapun, Mohd Hafarizam berkata mahkamah meminta kedua-dua pihak berhujah tentang ganti rugi dan kos sebelum membuat keputusannya. Mahkamah, katanya, menangguhkan kepada 20 Mac ini untuk membuat keputusan.
Mohd Hafarizam berkata dalam hujahannya beliau memohon mahkamah memberikan ganti rugi tidak kurang daripada RM200,000 dan kos sebanyak RM50,000 jika keputusan mahkamah memihak kepada plaintif.
"Pihak defendan pula memohon ganti rugi nominal dan kos sebanyak RM50,000," katanya.
Pada 5 Mac tahun lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mohamad atau Mat Sabu, mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk "Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai" dan "Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan" dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Januari 2013.
Selain Mohamad, Wan Ahmad turut menamakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defendan.
Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam "Projek IC" di Sabah.
Tolong Mah, mana nak cari duit untuk bayar saman ni Mah. Aduiii. Nak minta tolong Anuwar, dia pun nak kena sumbat dalam penjara. Nak minta tolong kat Tuan Guru, nanti takut orang cakap mana Tuan Guru dapat banyak wang untuk bantu aku. Nak minta tolong dengan keluarga Lim, nampaknya macam tak ada harapan je.
BalasPadamApa la sial nasib aku ni.
Huahahahaha perli la tuuu?
PadamSalam 1Malaysia,
BalasPadamDah terlalu lama si mamat tu bebas memfitnah tanpa ada tindakan.
Kerana itu dia jadi riak dan perasaan diri dan partinya sangat hebat.
Kini dah tiba masanya dia berdepan dgn akibat kata-kata fitnahnya.
Buku telah bertemu ruas.