Jumaat, Mac 07, 2014


Memang heran sungguh dengan perangai sesetengah puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Benda itu pun diorang nak pertikai. Sampai tahap MB ucap terima kasih pun diorang nak bising?

Tu baru buat ucapan terima kasih. Dah diorang meroyan tak tentu arah. Malah ada pulak yang perli Menteri Besar Kelantan tu dengan dakwaan yang bukan - bukan.

Apa salahnya jika Menteri Besar Kelantan tu ucap terima kasih? Besar sangat ke dosa yang perlu ditanggung hanya dengan mengucapkan terima kasih ni?

Hakikatnya, tindakan Menteri Besar Kelantan tu merupakan satu tindakan yang wajar dilakukan. Ianya membuktikan yang dia seorang pemimpin yang berjiwa besar.

Biarpun berlainan fahaman Politik, tetapi Menteri Besar Kelantan tu tetap jugak menunjukkan sifat berbesar hati dengan apa yang telah dia terima sebelum ini.

Biar pun tak seberapa, tapi dia tau bersyukur. Jelas, tindakan Menteri Besar Kelantan ni perlu dicontohi oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu supaya bersyukur dengan apa yang diterima. 

Jangan pulak jadi macam sesetengah pihak yang nak digelar 'Ulama' tu. Dapat bantuan jangankan nak ucap terima kasih, nak bersyukur payah. Sebaliknya dia yang paling banyak mempersoalkan mengenai bantuan tersebut. Itu 'ulama' yang tak sedar diri namanya!!!
KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada Khamis merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudi menerima kunjungannya dalam satu pertemuan yang diadakan pada 28 Nov lalu.

Ahmad ketika mendedahkan butiran dalam pertemuan itu berkata banyak yang dibangkitkan demi kepentingan rakyat Kelantan seperti masalah migrasi air, soal berkaitan pengagihan royalti petroleum sehinggalah kepada pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

"Saya amat berterima kasih kerana Perdana Menteri sudi menerima kunjungan dan diberi peluang (untuk bertemu). Ini semua untuk kepentingan rakyat Kelantan.


"Banyak perkara yang telah kami bincangkan," katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Darul Naim di sini.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Ajaran 'Islam Pas' menggariskan tidak perlu atau tidak boleh berterima kasih kpd sesiapa, tambahan pula ianya adalah musuh politik nombor wahid parti berkenaan.
    Kalau dgn Allah swt pun mereka tak reti nak bersyukur, inikan pulak dgn pemimpin kerajaan pusat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping