Kalau sebelum ini, kita semua telah dimaklumkan bahawa Si Ketua Penipu tu menyokong penuh tindakan Si Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian MoU Air dengan Kerajaan Pusat.
Namun sejak kebelakangan ini, nampak gayanya Si Ketua Penipu tu dah mula buat putaran 360 darjah dan mula membalun Si Khalid Ibrahim tu secara terang - terangan.
Macam - macam dakwaan dan tuduhan yang telah dibuat oleh Si Ketua Penipu tu bagi mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh Si Khalid sebelum ini.
Terbaru, Khalid telah DIARAHKAN oleh Si Ketua Penipu tu untuk merujuk jawatankuasa khas terlebih dahulu sebelum mengikat sebarang perjanjian dengan pihak Kerajaan Pusat.
Nah!!! Sekarang persoalannya, kenapa pulak Si Ketua Penipu tu boleh berubah pendirian secara tiba - tiba? Dulu, masa mula - mula buat "Kajang Move" bukan main baik lagi dia dengan Khalid.
Apa saja yang Khalid buat, semuanya dapat pujian dari Si Ketua Penipu tu. Pada masa tu, Khalid boleh dianggap sebagai 'Anak Emas Kesayangan' Si Ketua Penipu tu.
Sekarang semuanya dah berubah. Si Ketua Penipu tu nampak gayanya nak melepaskan geram dia pada Si Khalid. Tapi, apa sebanya? Kenapa dia bertindak sedemikian?
Mungkin Si Ketua Penipu tu dah menduga keputusan yang akan dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan petang tadi kot. Maka sebab itulah dia jadi tak tentu arah.
Maklum la. Orang yang resah gelisah ni memang mudah naik angin tak tentu pasal. Jadi, kemungkinan itulah sebab kenapa Si Ketua Penipu tu berubah pendirian mengenai MoU Air ni.
TAPI, ada satu lagi sebab kenapa Si Ketua Penipu tu naik angin. Ianya ada kaitan dengan berita dibawah. Mungkin disebabkan kenyataan Si Khalid ni la yang membuatkan Si Ketua Penipu tu hilang akal dan meroyan tak tentu arah!!! Hahaha!!!
KAJANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memaklumkan kepada Sultan Selangor dan barisan Exco kerajaan negeri bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar.
Khalid berkata beliau juga tidak akan menandatangani sebarang surat daripada ibu pejabat PKR sekiranya diminta berbuat demikian.
"Tidak. Saya tidak akan tandatangan (jika) ada surat untuk saya meletakkan jawatan sampai ke pejabat saya. Saya juga telah memberitahu Exco dan Sultan apa-apa jua tindakan saya," kata beliau sebentar tadi.
Adalah difahamkan bahawa Ibu pejabat PKR sudah dua kali meminta Khalid menandatangani surat letak jawatan sebagai MB sejak bulan lalu namun Khalid enggan berbuat demikian.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.