Jumaat, Mac 07, 2014


Yakin la bahawa ada dikalangan penyokong - penyokong PAS sedang bertepuk tangan dan tersenyum sinis bila mendapat khabar mengenai keputusan Si Ketua Penipu tu.

Sudah pasti mereka akan anggap ianya sebagai satu khifarah terhadap Si Ketua penipu tu. Dah tentu diorang kiranya ianya satu balasan yang setimpal terhadap apa yang telah dilakukan.

Bukan la diorang nak sentuh sangat mengenai kes liwat tu. Tapi tindakan yang pernah dilakukan oleh PKR sebelum ini memang wajar diberikan hukuman.

Rasanya, masih belum luput dari ingatan kita mengenai tindakan calon PKR yang telah memfailkan saman sebanyak RM 2juta terhadap Hadi Awang sebelum ini.

Tindakan calon PKR tu jelas dilihat sebagai satu penghinaan terhadap Presiden PAS sendiri dan ianya membangkitkan kemarahan dikalangan ahli serta pemimpin PAS.

Bagaimana mungkin mereka boleh terima penghinaan sedemikian terhadap Presiden yang dianggap sebagai 'Tuan Guru'? Takkan mungkin diorang hanya akan  berdiam diri.

Mana tidaknya. 'Tuan Guru' yang disanjungi serta dihormati oleh ahli - ahli PAS tu didakwa dengan tuduhan yang bukan kepalang. Si Hadi Awang tu dituduh menabur fitnah!!!

Kiranya, calon PKR tu anggap Hadi Awang ni macam dah 'membunuh saudara sendiri'. Demikian punya besar tuduhan yang telah dilakukan oleh calon PKR tu terhadap Hadi Awang.

Dan dalam masa yang sama, Si Ketua Penipu tu selaku Ketua Umum PKR tidak mengambil sebarang tindakan tegas terhadap calon PKR tu. Dia seolah - olah membenarkan ianya berlaku.

Persoalan mengenai kenapa perkara itu tidak ditangani lebih awal masih lagi menjadi tanda tanya dan ianya masih tidak mampu dijelaskan oleh Si Ketua Penipu tu.

Sepatutnya, jika benar PKR menghormati Hadi Awang sebagai seorang pemimpin tertinggi dalam Pakatan, maka sudah tentu diorang akan bertindak tegas terhadap calon PKR tu sendiri.

Paling tidak pundiorang boleh gantung atau pecat keahlian calon PKR tu. Tapi perkara sedemikan tak jugak dilakukan. Diorang hanya setakat mendiamkan diri je.

Jadi, tak salah sekiranya ada dikalangan penyokong - penyokong PAS yang menyimpan dendam dan bertepuk tangan bila dengar Si Ketua Penipu tu bakal ke penjara selama 5 tahun. Mungkin itu la balasannya kerana menghina Hadi Awang!!!
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Mamat ni masuk dalam aku boleh guarantee pakatan akan hancur sebab PAS memang tak boleh ngam dgn DAP, selama ni mamati ni la yang jadi orang tengah sebab tu nampak macam cantek je, itu baru pakatan belum lagi dalaman PKR sendiri...kebenaran sudah mula di tunjuk kan

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum wmt,
    Kenapa Anwar tidak bertindak awal adalah kerana dia merasakan dirinya akan didapati bersalah dalam kes liwatnya.
    Jadi, drpd dia sorang saja kena hukum, eloklah semua pemimpin utama parti-parti dlm pakatan didapari bersalah oleh mahkamah.

    Kalau Karpal tergukum kerana menghina Sultan Perak, dia sendiri kerana meliwat, maka Hadi pula kena hukum kerana memfitnah calon PKR.
    Biar semua kena dan dia berasa puas.....
    Begitulah kira-kiranya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perasan pulak...betul tu.
      ketua dap kena...ketua pas kena...ketua pkr pun kena.

      kata mereka , "one down but 1,000 will grow"....

      dont forget the saying," if the head is down, the tail defenitely will follow".
      ha ha ha lets see

      Padam
  3. Quote of the Year: " Question: What stands in the way between Anwar Ibrahim and his ambition to become the PM of Malaysia? Answer: It is his undying love of the temptingly delicious soup bontot" LOL

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping