Selain mengirimkan doa serta ingatan kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH307 yang dilaporkan terhempas di Laut China Selatan, PM dijangka akan turun bertemu dengan mereka.
Beliau dijangka akan mengadakan sidang media khas mengenai insiden yang berlaku di Hotel Sama-Sama, KLIA bagi mengumumkan langkah - langkah terkini yang akan diambil.
Turut dilaporkan pada ketika ini, sebahagian dari ahli keluarga mangsa yang terlibat sudah mula berkumpul di menara kawalan KLIA bagi menunggu perkembangan selanjutnya.
YAB Perdana Menteri dalam status terkini beliau melalui laman twitter memaklumkan bahawa semua langkah yang boleh diambil dilaksanakan segera.
Sebelum ini, agensi berita antarabangsa Yahoo!News melaporkan bahawa pihak Maritim Vietnam telah mengesan kedudukan pesawat terbabit.
Sebagai rekod, Penerbangan MH730 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru dilapor hilang di antara ruang angkasa Malaysia dan Vietnam di Laut China Selatan pada 2.40 pagi.
Pesawat B777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. Pesawat dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi.
Sama - sama kita doakan semoga mereka yang terlibat dapat diselamatkan dan berharap agar keluarga penumpang yang terlibat bersabar. Doakan agar semuanya dapat dipermudahkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.