Sabtu, Mac 08, 2014


Agak menghairankan jugak dengan pendirian Si Hadi Awang ni sebenarnya. Nampak macam nyanyuk pun ada jugak. Apa yang pasti, dia ni memang dah hilang akal gamaknya.

Jika sebelum ini, dia membuat dakwaan kononnya PKR telah meletakkan calon yang didapati menjual pil kuda untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang lalu.

Kalau kita baca kenyataan Si Hadi Awang tu, jelas menunjukkan yang dia tak terima calon berkenaan dan rakyat juga perlu menolak orang yang menjual pil kuda ni.
"Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat, tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana, edar pil kuda... orang PAS tak boleh kerja calon macam ini."


"Terang-terang saya sebut orang Keadilan pun tak terima, sedar-sedar mari jadi calon, dengar cerita edar pil kuda, tak perlu sebutlah di mana-mana," demikian kata Hadi sewaktu berceramah di Marang, Terengganu.
Kiranya, orang yang menjual pil kuda ni dah melakukan satu dosa besar dan wajar ditolak oleh rakyat. Penyudahnya, kerana dakwaan tak berasas tu membuatkan dia kena saman.

Saman pulak bukan sikit - sikit tapi sebanyak RM 2juta!!! Puas la dia merengek - rengek bila kena saman sebanyak tu dengan calon yang berkenaan.

Cuma yang kita hairannya, kenapa dengan calon yang jual pil kuda tu Si Hadi Awang boleh berkeras dan mendesak supaya rakyat menolak dia dalam PRU sedangkan dengan Si Ketua Penipu tu lain pulak pendirian dia?

Boleh pulak dia kata yang dia akan tetap memberi sokongan kepada Si Ketua Penipu tu biarpun Si Ketua Penipu tu didapati bersalah kerana telah meliwat bekas pembantu peribadinya.
"Kami akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman diruntuhkan," katanya.
Kalau tadi, Si Hadi Awang tu kata, orang Keadilan pun tak boleh terima calon yang jual pil kuda. Takkan pulak dia nak suruh rakyat terima seorang peliwat untuk jadi pemimpin? 

Tahan lagi orang jual pil kuda tu. Paling tidak dia boleh bertaubat. Ini kalau jadi peliwat, Nabi pun tak mengaku umat. Orang macam ni jangan kata nak jadi calon dalam Pilihan Raya. Nak jadi pemimpin pun tak layak!!! Kalau dia jadi pemimpin jugak, alamat jahanam la jawabnya!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. tak telan pil kuda mana maunya larat tibai depan belakang !!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping