Itu tindakan yang sewajarnya dilakukan terhadap kebiaDAPan puak - puak DAPigs ni. Sebaik sahaja PRK Kajang tamat, mereka perlu diambil tindakan.
Jangan dibiarkan puak - puak Pakatan Haramjadah ni buat fitnah yang tak tentu arah sesuka hati diorang. Maka tindakan sedemikian sekurang - kurangnya boleh buat pengajaran supaya jangan mudah sangat diorang ni tabur fitnah sesuka hati diorang je!!!
KAJANG: Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun kecewa dengan kempen fitnah yang dilemparkan DAP berhubung beliau gagal membela nasib masyarakat Tionghua ketika menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU).
Menurutnya, parti pembangkang mengambil pendekatan berkempen secara tidak sihat dan menuduhnya dengan perkara yang tidak berasas.
Sedangkan ujar beliau, SJK(C) Damansara yang didakwa DAP telah ditutup itu sebenarnya dinaik taraf untuk keselesaan para pelajar.
"Kita tidak pernah tutup sekolah itu kita hanya dengan ikut permintaan PIBG kita pindahkan sekolah itu dari tapak 0.8 ekar kepada 6.3 ekar.
"Sekarang sekolah itu lebih besar lebih kondusif dan sesuai untuk lebih ramai murid...dan kini telah dibuka semula dengan 307 orang murid," kata beliau ketika ditemui di perkarangan Masjid Jamek Bandar Kajang hari ini.
DAP melalui Timbalan Bendahari Agung PKR, Low Chee Chong baru-baru ini menyerang kredibiliti Naib Presiden MCA itu apabila gagal dalam menyelesaikan isu membabitkan SJK(C) Damansara.
Chew dalam masa sama meminta semua pengundi Kajang tidak mempercayai dakwaan bahawa jika beliau menang, sekolah-sekolah Cina akan ditutup kerana beliau sendiri pernah menuntut di sekolah jenis kebangsaan Cina.
"Bila mereka cakap saya akan tutup semua sekolah cina ini semua tidak berasas dan orang ramai tidak akan percaya kerana awak tengok latar belakang saya saya ini mana ada satu elemen seperti itu.
"Saya selalu juga cari pendekatan atau cara memperkuatkan kita lagi budaya Cina dengan budaya lain, kerana kita harus adakan masyarakat yang harmoni dan muhibah," jelasnya.
Chew selain itu menyifatkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menurunkan posternya juga merupakan tindakan tidak wajar dan menunjukkan kempen yang diamalkan pembangkang tidak sihat dan menjejaskan keharmonian ketika berkempen.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.