Akhirnya diorang mengaku jugak setelah sekian lama cuba nak menafikan dakwaan kononnya pencalonan Si Ketua Penipu tu sebelum ini adalah untuk menggantikan Khalid Ibrahim.
Jika sebelum ini, puak - puak PKR tu cuba nak menipu rakyat dan menafikan spekulasi mengenai isu tersebut bagi mengurangkan tekanan dari PAS.
Umum mengetahui bahawa PAS menolak keras sebarang tindakan dan usaha untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Malah, PAS Selangor sendiri turut mengecam dan mengkritik tindakan Bekas ADUN PKR Kajang yang meletakkan jawatannya tanpa sebarang sebab musabab yang kukuh.
Tak cukup dengan itu. PAS Selangor juga turut mengecam untuk memboikot Pilihan Raya Kecil DUN Kajang sekiranya benar spekulasi mengenai jawatan Menteri Besar itu berlaku.
PKR sebaliknya cuba nak menyembunyikan Kebenaran dan menuduh spekulasi tersebut sebagai usaha Barisan Nasional untuk memecah belahkan Pakatan Haramjadah tu.
PKR mendakwa Barisan Nasional sengaja mahu mewujudkan spekulasi sedemikian untuk membuatkan PAS tidak menyokong mereka dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
Kenyataan yang dikeluarkan PKR pada ketika itu menyebut bahawa tindakan #KajangMove atau Langkah Kajang adalah untuk memastikan Pakatan dapat memerintah Putrajaya kelak.
Nah!!! Sekarang Si Azmin Ali tu sendiri mengakui bahawa 'Langkah Kajang' tu dibuat adalah untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Azmin yang ditemui di Lobi Parlimen memberitahu keputusan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK sebelum ini, sememangnya mahu menjadikan Ketua Pembangkang itu sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi meneruskan misi Langkah Kajang dalam usaha menawan Putrajaya.
“Bukan kemungkinan... memang misi Langkah Kajang sebelum ini adalah untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor yang baharu,” katanya, semalam.
Hah! Sekarang mana perginya pemimpin - pemimpin PAS yang kata semua dakwaan tu tak benar sebelum ini? Takkan diorang hanya nak mendiamkan diri? Kot ye pun diorang nak jadi Pak Angguk Saja, takkan sampai tahap sanggup kena kencing hidup - hidup!!!
Kalau Kak Jah kalah peluang besar kemungkinan DUN Sgor bubar jika PAS telah sedar mereka selama ini ditipu olih PKR.Bunyi tidak munasabah tetapi kita hanya merancang tapi ketentuan nya adalah di tangan ALLAH.Perhatikan perkara perkara yang berlaku kebelakangan ini terutama melibatkan PKR.
BalasPadam