Rabu, Mac 12, 2014


Heh!!! Memang nampak gayanya puak - puak Pakatan Haramjadah ni dalam keadaan yang kelam kabut sekarang ni sampai tahap diorang memalukan sesama sendiri.

Dalam keghairahan puak - puak Pakatan Haramjadah ni nak mendapatkan semula sokongan rakyat di Kajang, secara tak sengajanya Si Rafizi ni dah memalukan Guan Eng.

Jika sebelum ini, sewaktu Pahang dilanda banjir, Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu dengan angkuhnya menyatakan bahawa hanya Pakatan yang mampu selesaikan masalah tu.

Si Guan Eng tu turut menyebut mengenai tindakan efektif yang dilaksanakan oleh Rejim Pakatan Selangor dimana dia mendakwa kononnya masalah banjir ni dah tak timbul.

Nah!!! Sekarang Si Rafizi ni pulak secara terang - terangan menyatakan bahawa tumpuan manifesto PKR di Kajang adalah untuk menyelesaikan masalah banjir yang kritikal.

Kata Si Rafizi, spesifikasi sistem saliran di Kajang sudah tidak mampu untuk menampung bencana banjir berlaku sekiranya tiba musim hujan.
"Sudah tentu selepas 30 tahun, pembangunan pesat, kapasiti saliran itu menjadi tidak mencukupi," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Utama PKR, di Batu 12 Cheras, di sini, hari ini.
Huh! Baru hari ni ke diorang sedar yang perkara tu berlaku di Kajang sedangkan diorang dah memerintah Selangor lebih dari 6 tahun? Baru hari ni diorang nak selesaikan masalah tersebut?

Kenapa sebelum ini diorang buat - buat tak tau je mengenai masalah yang berlaku? Walhal, dalam penggal lepas pun bukan orang lain yang jadi wakil rakyat.

Sebaliknya, ADUN Kajang pada ketika itu pun masih lagi wakil dari PKR. Takkan la bila tiba Pilihan Raya Kecil berlaku baru diorang nak turun dan selesaikan masalah tersebut?

Kebiasaannya diorang akan salahkan pihak Kerajaan BN kerana tak ambik tau pasal isu yang berlaku. Sekarang, diorang pulak yang kena serang dengan cara yang sama. 

Bila tiba Pilihan Raya Kecil, baru la diorang sesak nak selesaikan masalah rakyat. Kalau tidak, buat kecoh je yang diorang taunya!!! Setakat bercakap kosong tapi tak de tindakan apa guna. Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Itulah akibatnya bila kepakaran mereka hanya mencari kesalahan orang lain. Bila nak mula kerja ntahla. Logiknya mereka YANG SIBUK MENCARI KESALAHAN orang lain memang ada banyak masa yang terluang.

    Semenjak PKR menjadi wakil rakyat belum nampak lagi sebarang jasa mereka untuk membangunkan kawasan yang rakyat sudah berikan mandat untuk mereka buat kerja. Buktinya apabila mereka secara tidak sengaja telah menyebut kesalahan dan kepincangan ahli mereka sendiri yg leka sehingga tak tahu sistem perparitan mereka tidak begitu baik rupa-rupanya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping