Rabu, Mac 19, 2014


Makin banyak pulak teori dan spekulasi yang menjurus kepada juruterbang tu dibuat oleh pihak media tempatan dan juga media asing. Tapi setiap spekulasi tu setakat boleh dibaca je.

Semuanya kerana terlalu banyak misteri yang menyelubungi peribadi juruterbang pesawat MH370 tu sendiri. Bukan sebab dia seorang penganut tegar PKR. 

Tapi dek kerana persoalan demi persoalan yang timbul membuatkan orang lebih curiga terhadap dia. Manusia ni memang suka dengan misteri. Tu pasal selagi boleh diorang akan cari jawapan untuk persoalan yang bermain dalam kepala diorang!!!
GEORGETOWN - Usaha Sinar Harian mencari rumah ibu bapa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah berjaya dengan bantuan rakannya yang enggan identiti didedahkan.

Kedudukan rumah dua tingkat itu agak tersorok di  Kampung Sungai, Jalan Makbul, Sungai Pinang dengan keadaan jalan utama untuk masuk ke lorong agak sempit.

Sebaik tiba di hadapan sebuah rumah berwarna ungu, wartawan Sinar Harian mendapati rumah berkenaan sunyi tidak berpenghuni.

Terdapat sebuah kereta jenis Proton Wira di garaj rumah berkenaan. Usaha untuk menemubual jiran di kampung itu tidak berjaya apabila mereka enggan memberi kerjasama.

Tambahan pula mengetahui wartawan datang ke situ untuk bertanya maklumat mengenai keluarga yang tinggal di rumah berkenaan.

Salah seorang penduduk di situ mengakui rumah berkenaan rumah milik ibu bapa Zaharie namun enggan mengulas lanjut.

“Ya, itu rumah Zaharie, tetapi rumah ibu bapanya,” katanya. Apabila ditanya sama ada rumah berkenaan berpenghuni, wanita itu terus menjawab "tidak tahu".


Menurut sumber, penduduk di situ enggan memberi kerjasama kerana sebelum ini ramai wartawan dari luar negara datang ke kampung itu untuk mengambil gambar dan menemubual mereka.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping