Bila baca laporan mengenai isu ni, rasa nak tergelak pun ada jugak. Kalau kenyataan tu orang lain bukan, tak kisah sangat la. Tapi bila Si Fuziah ni yang keluarkan kenyataan, lain cerita.
Dalam ramai - ramai pemimpin Pakatan Haramjadah tu, kenapa pulak dia yang nak kena bagi kenyataan tersebut? Adakah dia pun terlibat jugak dalam kes digodam ni?
Ada jugak ke orang yang nak godam dia? Hehehe... Apa yang membuatkan kita rasa pelik ialah bila Si Fuziah tu kata dia jijik dengan perang psikologi ni.
Ai! Sejak bila pulak puak - puak Pakatan Haramjadah tu takut dengan perang psikologi? Bukan ke diorang tiap - tiap hari buat benda yang sama terhadap Barisan Nasional?
Teringat pulak salah satu ayat Si Fuziah ni sewaktu selesai Pilihan Raya Umum yang lepas. Dia sendiri kata yang BN tak pandai nak cipta persepsi terhadap Pakatan.
Dalam erti kata lainnya, dia menyatakan bahawa BN ni tak pandai nak main perang psikologi. Hanya diorang je yang pandai dalam perkara tersebut.
Hakikatnya, bila isu pasal kes telefon digodam ni, orang dah muak dah sebenarnya. Diorang je kata nombor telefon bimbit diorang tu telah digodam oleh orang luar.
Tapi sejauh mana kebenarannya cerita yang dia buat tu? Kalau kita tengok pada cara diorang buat pendedahan tu pun kita boleh pertikaikan.
Kenapa diorang tak tunjuk mesej serta nombor telefon yang digodam tu sewaktu sidang media diadakan? Kenapa diorang dah siap 'print' semua ayat tu?
Kalau tengok ayat dalam sms yang dihantar tu pun, tak de la ianya menghina sangat macam kempen yang diorang buat di Kajang. Setakat nak mempersoalkan satu dua perkara je.
Realitinya, tindakan diorang yang mengosongkan kerusi DUN Kajang tu lebih hina. Terang - terang diorang dah menghina kepercayaan rakyat yang mengundi diorang sebelum ni. Tapi bab tu Si Fuziah ni buat - buat tak nampak pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.