Uik? Pelik ni. Sambut hari lahir pun boleh kantoi jugak ke? Macam mana dia sambut hari lahir tu sebenarnya? Dengan cara mengadakan 'Party' kat kelab malam?
Alamak ai!!! Dah tak de cara lain ke dia nak sambut hari ulang tahun kelahiran dia? Takkan la tak de tempat yang lebih sesuai untuk dia buat sambutan tu. Kot ye pun nak buat, jangan akhirnya nanti memalukan diri sendiri!!! Fikir - fikir la!!!
Minggu lalu, episod 999 melaporkan seorang selebriti tempatan telah menyambut hari jadinya di dalam sebuah kelab haram dan sempat meloloskan diri ketika serbuan dilakukan.
Kalau mengikut blog beautifulnara, Nora Danish mungkin ialah selebriti yang dimaksudkan itu memandangkan beliau menyambut hari jadinya baru-baru ini.
Katanya, apa yang menguatkan lagi dakwaan ini ialah kad jemputan yang didedahkan hos 999 kelihatan serupa dengan kad jemputan sambutan hari lahir Nora Danish.
Apapun, penulis masih mengharap selebriti yang dimaksudkan itu bukan Nora Danish kerana beliau ialah idola ramai peminat di luar sana. - Utaranews
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.