Ahad, April 27, 2014

Penyanyi, Datuk Sheila Majid meminta supaya pihak yang mendakwa anaknya, Wan Nur Khaleda atau Kayda berpenampilan terlalu seksi itu tidak terlalu cepat menghukum. 

Sebaliknya, Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid berkata beri peluang kepada anaknya untuk belajar dari kesilapannya. 

"Dia (Kayda) bukan dah berusia 40-an tetapi dia baru berusia 22 tahun, malah dia sedang hendak membesar. Jadi jangan cepat menghukumnya. 

"Bagi saya apa yang dia pakai kini sesuai dengan usianya dan dia juga sedang mencari fesyen yang sesuai dengan dirinya.

"Saya pula tidak boleh hendak setiap masa bersamanya dan mengawal gerak- gerinya kerana saya juga mahu dia buat silap dan belajar dari kesilapannya. 

"Saya juga dulu pernah buat silap tetapi tiada siapa peduli kerana saya hanya anak kepada Abdul Majid tetapi sekarang Kayda pula harus berkorban sedikit untuk menjaga tingkah lakunya kerana dia anak kepada Sheila Majid. 

"Tapi saya selalu nasihatkan dia, apa yang dia hendak lakukan dia harus berhati-hati dan berfikir dua kali kerana tiada istilah private life sebagai orang di dalam industri," katanya kepada murai.com my

Selain Kayda, Sheila dikurniakan seorang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan pertamanya dengan pemuzik terkenal Roslan Aziz iaitu Megat, 19. 

Manakala, perkahwinan keduanya bersama Hashridz Murshim Hassim atau Acis, Sheila mendapat dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim, 7, dan Khalefa Laila Murshim, 5.

PS: Kalau anak pakai seksi mak sendiri tak boleh tegur, memang masalah besar la jawabnya kak oi!!! Jangan la benda tu nak diambik ringan.

Ni dah masuk cerita kata dia bersosial tanpa batasan ni, apa kejadahnya pulak? Kot anak sendiri tak boleh nak kawal, payah la weh!!! 

Kita ni sekadara nak mengingatkan aje. Jangan nanti, bila anak dah rosak akhlak, jangan nak disalahkan orang lain pulak!!! Sendiri bikin, sendiri tanggung la ye!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping