Khamis, April 03, 2014


Pelakon kontroversi Hanez Suraya terpaksa menggunakan khidmat bodyguard  (pengawal peribadi) bagi menjaga keselamatan ketika berada di majlis-majlis tertentu ekoran ugutan diterimanya berhubung kontroversi rampas suami orang.

Hanez, 29,  berkata,  keluarga terlalu bimbang dengan keselamatannya terutama ketika berada di tempat umum yang terdedah kepada risiko.

"Saya tidak mahu punyai pengawal peribadi tetapi keluarga yang memaksa saya untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi kerana mereka takut dengan keselamatan saya di luar. 

"Lebih-lebih lagi selepas menerima pelbagai ugutan daripada individu-individu yang tidak dikenali di laman sosial," katanya kepada mStar Online  pada sidang media teater Projek Kahwin, di Istana Budaya, di sini, Selasa.

Hanez turut terlibat dalam teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan pada 6 hingga 14 Jun depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Terdahulu pihak Istana Budaya terpaksa meminta kerjasama  polis untuk berada di pusat kebudayaan  itu sepanjang teater berkenaan berlangsung kerana bimbang keselamatan Hanez ekoran terdapat ugutan terhadapnya.

Bagaimanapun, Hanez berkata, dia lebih selesa keluar rumah secara sendirian atau bersama teman lain berbanding diiringi pengawal peribadi.

Katanya, setakat ini, belum ada lagi kejadian yang tidak diingini atau ugutan yang serius daripada mana-mana individu tidak dikenali.

"Saya tidak gemar pengawal peribadi bersama saya. Jadi, hanya di tempat-tempat tertentu sahaja saya akan gunakan khidmat mereka iaitu ketika ahli keluarga atau teman tidak bersama,” katanya.
Categories:

1 ulasan:

  1. KO INGAT....KO TOP STAR KE ? JANGAN PERASAN LA.

    SETAKAT DUTA AURA WHITE. KULIT CERAH TAPI HATI HITAM....BUAT APA...

    BIAR KULIT HITAM....TAPI MANIS....ORIGINAL CANTIK. BUKAN PUTIH KERANA SUPPLIMENT.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping