Selasa, April 08, 2014


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mahukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dibubarkan sekiranya badan itu tidak ada kuasa untuk menangani kes seperti penculikan yang berlaku di perairan Semporna minggu lalu. 

Sebaliknya, beliau menegaskan Esscom ditubuhkan untuk menyelaras dan mengatur operasi tentera, polis dan lain-lain serta sememangnya memandang serius isu penculikkan tersebut.

"Persoalan besar sekarang ialah kalau dia (Kit Siang) kata bubar Esscom dia nak tubuhkan apa pula? Itu point dia, saya nak tanya dia kalau bubar Esscom dia nak suruh tubuh apa pula.

"Esscom ditubuhkan untuk menyelaraskan dan mengatur gerak operasi tentera, polis, APFM dan juga lain-lain agensi perisikan. Jadi, baru setahun Esscom ditubuhkan... perkara yang besar yang kita buat sekarang ini ialah mengelakkan pencerobohan, yang berlaku ini adalah jenayah rentas sempadan tetapi yang pencerobohan ini kita kena pastikan tidak berlaku.

"Yang kedua, menangani masalah jenayah rentas sempadan ini. Itu perkara besar yang perlu diberi perhatian. Kita baru setahun ditubuhkan dan kita sedang beri perhatian yang serius tentang perkara ini," katanya kepada Antarapos.         

Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mahu Esscom dibubarkan sekiranya badan itu tidak ada kuasa untuk menangani kes seperti penculikan yang berlaku di perairan Semporna minggu lalu.

Kit Siang berkata, Esscom hanya membazir dana awam jika tidak memainkan peranannya seperti matlamat asal penubuhannya. Untuk rekod Esscom diberikan dana RM300 juta oleh kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, cadangan untuk membubarkan Esscom bukan jalan penyelesaian kepada isu penculikan yang berlaku di kawasannya itu kerana badan pemantau keselamatan itu diyakini mampu menangani isu terbabit dengan sebaik mungkin.

"Saya yakin itu bukan penyelesaiannya yang penting kita melihat masalah ini dapat kita pertingkatkan dari segi keselamatan kawasan-kawasan yang sering mendapat ancaman seperti lanun di Pantai Timur ini.

"Saya yakin kita mampu melaksanakan cuma apa yang penting kita pertingkatkan bukan hanya tindakan-tindakan yang lebih bersasar tetapi koordinasi itu perlu kita pertingkatkan dari masa ke semasa," ujarnya. 
Categories: ,

2 ulasan:

  1. ESCOM kena hadirkan diri di tempat beresiko seperti tempat pelamcongan. Penjenayah mudah menyeludup dengan menyamar. Hotel atau operator amat pentongkan wang saja bila dengarnya kurang membantu pihak keselamatan.

    BalasPadam
  2. Salam 1Malaysia,
    Kenapa Kit Siang tak suruh tutup jabatan kastan dan polis kerana terlalu banyak kes memproses dadah dan penmyeludupan keluar minyakl bersubsidi yg majoritinya dilakukan oleh tauke-tauke cina?

    Mana besar kes penculikan seorang wanita dan seorang lelaki drpd kes menyeludup keluar minyak bersubsidi dan kegiatan memproses dadah yg dilakukan oleh warga China dan kaum imigran cina yg ada dinegara ini?

    Mana lebih hebat mudharatnya kpd rakyat dan negara?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping