Heh! Dah nampak makin mengarut pemilihan Parti Kecohkan Rakyat ni sampai tahap ada pulak yang buat cerita kononnya Si Khalid Ibrahim tu nak tarik diri.
Khalid Ibrahim dipercayai sedang cuba dipujuk supaya menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden PKR bagi memastikan pesaing utamanya, Azmin Ali “juga tidak menang”.
Sebagai imbuhannya, Khalid dikatakan sedang digula-gulakan dengan janji bahawa beliau akan terus mengekalkan jawatan Menteri Besar Selangor, kata sumber PKR hari ini.
“Khalid sejak beberapa bulan ini amat khuatir akan diminta melepaskan jawatan Menteri Besar. Sebab itu apabila rasa tersudut beliau mengambil keputusan nekad mencabar Azmin sebagai Timbalan Presiden.
“Tetapi jika dengan menarik diri dari pertandingan itu, Khalid bukan sahaja tidak perlu letak jawatan MB dan Azmin pula kalah dalam pertandingan Timbalan Presiden, tentu cadangan itu menggembirakan kem Khalid,” katanya.
Sumber itu menjelaskan bahawa jika persaingan untuk kerusi Timbalan Presiden itu terhad kepada pertandingan di antara Azmin dengan Siputdin Nasution, kemungkinan Azmin kalah adalah besar.
“Jika Khalid tarik diri, tentu penyokongnya yang tidak gemar Azmin akan mengundi Saifuddin. Tetapi jika pertandingan utama membabitkan tiga penjuru antara Khalid, Saifuddin dan Azmin, undi anti-Azmin akan pecah, dan ini akan menguntungkan Azmin.
“Sebab itu, undi untuk Khalid dan Saifuddin tidak boleh pecah. Khalid boleh membantu dengan melobi penyokongnya supaya memenangkan Saifuddin,” katanya.
Khalid dikatakan kurang mesra pada pimpinan Azmin dalam soal politik sejak Azmin menggantikan beliau sebagai pengerusi PKR Selangor pada 2010.
Setakat ini enam orang, termasuk Naib Presiden, Tian Chua, Saifuddin, Khalid dan dua pemimpin yang kurang dikenali menawarkan diri untuk merebut jawatan yang disandang Azmin.
Bagaimanapun sumber itu menyebut bahawa usaha melobi dan kompromi ini “masih menunggu” isyarat daripada Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di luar negara.
“Ketua Umum tentu mahu barisan pimpinan yang lebih taat kepadanya. Sebab itu ada pihak cuba mewujudkan barisan yang dihajati beliau. Anwar tentu lebih senang jika Saifuddin menjadi Timbalan Presiden.
“Rekod beliau sebagai Setiausaha Agung yang melaksanakan arahan dengan baik dan tekun lebih disenangi berbanding dengan Azmin yang kini lebih tegas dengan pendiriannya dalam beberapa isu,” kata sumber itu.
Salam,
BalasPadammohon untuk pautkan blog rasmi UMNO WP.
www.umnowp.blogspot.com
Terima kasih.
Demokrasi segar dalam pakatan. Lantiklah siapapun. Sumer berkaliber. Semua berani hujah. Sumer brani kerana benar. Semua tak minta dipuji. Sanggup ke penjara kerana kepentingan rakyat.
BalasPadamTak macam pemimpin bee end yang kebanyakannya terkedu nak menjawab soalan.....
Kalau dipuji senyum sokmo. Kalau tak dipuji marah kemain..
Dah macam 'drama tertangguh' tunggu ''Raja Drama" pula bagi isyarat. Kalau macam tu tak payah susah-susah betlakon tunggu aja pengarah atau pelakon drama terhebat hadir.
BalasPadam