Selasa, April 08, 2014


Pengerusi DAP, Karpal Singh disifatkan sebagai individu yang menyebabkan perpecahan kaum di Malaysia berhubung isu kes liwat, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, apabila kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berlaku ia telah  menyebabkan salah faham diantara masyarakat diMalaysia.

"Saya tidak menyalahkan Anwar Ibrahim, Karpal Singh adalah punca segalanya kerana membuka kes. Apabila kes liwat ini berlaku perpecahan kaum cukup drastik, kaum melayu, cina dan india berpecah.

"Karpal Singh harus menerangkan kepada generasi muda siapakah individu yang sebenarnya membongkarkan kes ini sebelum beliau bersara daripada pentas politik. 

Demi untuk kebaikan Malaysia tolong selesaikan apa yang telah berlaku. Generasi muda dengan sebulat-bulatnya masih memikirkan yang mencipta kes liwat adalah Tun Dr Mahathir dan kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Surat Rasmi kepada Kedutaan Amerika Syarikat, disini, hari ini.

Turut hadir pada penyerahan surat ini adalah Pertubuhan Martabat Muhibah Malaysia, Pertubuhan Ikatan Rakyat Islam Muslim Malaysia. 

Tambah beliau, veteran DAP sendiri telah memberitahu bahawa dendam Karpal Singh telah tercapai.

"Saya telah melihat sendiri telefon, mengkaji pilihan raya lama dan berjumpa bersama veteran DAP apakah tujuan sebenarnya, mereka memberitahu bahawa balas dendam Karpal Singh tercapai, dendam Karpal Singh terjawab. Mereka bertepuk tangan dan bersorak bergembira akan tetapi perpaduan yang kita bina hampir musnah.

"Ini kerja DAP memporak perandakan melayu, india. Semua orang tahu. Veteran DAP juga berkata Anwar Ibrahim telah terjerat dengan permainan Karpal Singh dan terpaksa mengikut terlunjuk Karpal Singh," ujarnya lagi.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. ..bai lumpoh tu mmg kapiaq so maafkan aje la tapi aljuburi yg berdegaq2 cerita pasal islah masta'taqtum tu terus2an meliwat dan menipu aoa cerita..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping