Ibarat buih sabun yang wujud seketika. Bila sampai masanya, ia akan hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan. Sama la dengan janji - janji Pakatan.
Untuk sekian kalinya, puak - puak Parti Kecohkan Rakyat ni kantoi menipu rakyat. Mungkin diorang tak puas kot asyik dok kencing rakyat ni. Tu pasal diorang tak serik - serik.
Sebelum ni diorang dok sibuk cerita pasal agenda 'Langkah Kajang' atau pun yang turut dikenali sebagai "Kajang Move" tu. Agendanya nak tukar Menteri Besar Selangor.
Biarpun cadangan dan perlaksanaan agenda tu dibantah oleh puak - puak Parti Angguk Saja, namun ianya tak diendahkan lansung oleh PKR.
Diorang anggap suara puak - puak PAS Selangor tu ibarat Katak yang nak memanggil hujan. Tu pasal la diorang buat tak tau je dengan bantahan yang telah dikemukakan.
Tapi sekarang dah hampir sebulan masa berlalu. Agenda 'Langkah Kajang' tu masih belum menampakkan sebarang perkembangan yang memberansangkan.
Nak pulak bila calon yang nak diangkat menjadi Menteri Besar tu sendiri mula menafikan bahawa dia berminat nak gantikan Khalid. Kak Wan kata dia hanya nak tumpu kerja dia je.
Tak cukup dengan itu, DYMM Tuanku Sultan Selangor sendiri pun turut bertitah hari ini dengan memuji Khalid sebagai seorang Menteri Besar yang bagus.
Nah!!! Sekarang kita nak tau la sejauh mana PKR mampu nak tunaikan agenda 'Langkah Kajang' tu? Adakah ianya tetap akan diteruskan atau sebaliknya?
Berbaloi ke diorang mengkhianati kepercayaan rakyat Kajang dan menjadikan diorang mangsa Kerakusan serta Ketamakkan Kuasa sesetengah individu dalam PKR?
Perlu DIINGATKAN! Wujudnya Pilihan Raya Kecil DUN Kajang adalah bagi menunaikan agenda 'Langkah Kajang' dengan tujuan untuk selesaikan konflik kepimpinan Negeri.
Semuanya demi kepentingan Politik peribadi, bukannya untuk rakyat. Jadi, Pakatan perlu jelaskan perkara tersebut kepada rakyat. Adakah Langkah Kajang ni akan diteruskan atau sebaliknya? Kalau setakat nak memenuhi kepentingan Politik sesetengah individu je, baik tak payah!!!
Rafizi kena bertanggung jawab menghabiskan duit rakyat atas tindakan mengutarakan "Langkah Kajang". Sia-sia, tiada faedah, gagal, tidak bijak dan tiada strategi langsung. Kalau nak buat hubungi pakar strategi yang hebat seperti Adam Adli baru betul.
BalasPadam