Rabu, April 09, 2014


Kerajaan Selangor tidak dapat memberi jaminan 321 Bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan dipulangkan walaupun Persatuan Bible Malaysia (PBM) menulis surat kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, perkara itu tidak akan berlaku sehingga siasatan sepenuhnya selesai.

"Persatuan (Bible) boleh buat surat dan memohon kepada Peguam Negara tetapi belum tentu Peguam Negara boleh terima dan pulangkan Bible semata-mata surat itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam hari ini.

Kenyataan itu bercanggah dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minggu lalu yang mencadangkan PBM menulis surat kepada Abdul Gani dengan harapan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban itu dipulangkan.

Mengulas mengenai desakan Ahli Parlimen DAP Puchong Gobind Singh Deo agar pertemuan antara Khalid dan Gani itu segera dilakukan, Sallehen bagaimanapun berkata perkara itu tidak akan membuahkan hasil.

Sallehen berkata, semua pihak termasuk menteri besar perlu menunggu sehingga hasil siasatan dikeluarkan sebelum mengadakan pertemuan dengan Gani.

Tegasnya, penjelasan Kementerian Dalam Negeri sama ada Bible itu melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 juga perlu didengari terlebih dahulu.

"Cadangan hanya (satu) cadangan. Kalau dah selesai (siasatan) saya fikir baru menteri besar boleh jumpa bincang bagaimana nak pulangkan Bible," kata Sallehen.

Beliau bagaimanapun menafikan mengambil sikap lepas tangan dan menegaskan isu ini akan selesai jika Gani memberikan jawapan muktamad.

"Bukan saya tak nak buat tetapi saya nak tunggu Peguam Negara memberikan penjelasan kepada Jais tentang terbitan Bible tersebut sama ada bertentangan dengan undang-undang atau tidak. Ada sebab saya buat semua ini," katanya.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Penjelasan itu terbaeeekkk, tiada percanggahan, tidak memalukan khalid..tidak bias, tidak liar...tegas dan jelas.

    BalasPadam
  2. Salam 1Malaysia,
    Ini satu lagi kes bodoh dan yg sangat tak logik.
    Orang yg tak sekolah pun faham bahawa sesuatu barang kes yg didapati menyalahi undang-undang mana boleh dipulangkan.
    Ambil contoh kes penyeludupan dadah.
    Bila dah tertangkap dan jadi bahan bukti, adakah dadah itu dikembalikan kepada tertuduh setelah perbicaraan selesai dan tertuduh didapati bersalah?

    Begitulah dgn kes Bible tu.
    Ianya adalah barang kes yg membuktikan mereka melanggar undang-undang dan titah perintah Sultan Selangor.

    Kalau nak buat jugak pergilah cari negeri lain yg membolehkannya. Jangan tinggal di negara ini sesuka hati nak buat hal yg dilarang.

    Kalau tak taat dan patuh perintah Sultan atau Yang DiPertuan Agong, sila angkat kaki tinggalkan negeri atau negara ini. Carilah negeri lain yg jauh lebih baik dan adil serta bebas berbuat apa sahaja ikut suka hati.

    Pribumi Tanah Melayu tak pernah merayu supaya para kaum imigran yg ada di negara ini sekarang untuk datang ke sini.
    Yang bawak kalian ke negara ini ialah Mat Salleh yg memerlukan khidmat datu nenek kalian sebagai kuli estate getah dan lombong bijih timah.
    Ada faham

    BalasPadam
  3. Economic Costs of Non-Recognition of Foreign Credentials If major industries
    fail to recruit skilled labour, productivity is compromised.

    Whether you are looking for a Canada study permit or any other permit, Canada immigration consultants can
    help save you a lot of time and energy. A plan to create at least 3 new
    jobs for Canadian citizens or Canadian permanent residents.


    my website: иммиграция в канаду

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping