Ini satu persoalan yang menjadi tanda tanya didalam benak rakyat Malaysia. Nampak sangat puak - puak Pakatan Haramjadah tu suka memilih - milih.
Kalau sebelum ini, kecoh diorang mempertikaikan pasal tindakan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang dikatakan telah menghina kematian Si Karpal Whilchar tu.
Kononnya kata mereka, perbuatan Ahli Parlimen BN tu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggung jawab dan menyinggung perasaan ahli keluarga Karpal.
Diakui bahawa tindakan Ahli Parlimen tu satu tindakan yang tak wajar. Malah, kenyataan dalam laman media sosial tu dianggap bukan kenyataan rasmi pun tak masuk akal.
Tapi, tahan jugak la Ahli Parlimen BN tu berani tampil dan memohon maaf secara terbuka didalam satu sidang media. Kiranya, dia ada jugak rasa bersalah.
Apa yang menghairankan kita ialah apabila puak - puak Pakatan Haramjadah ni dilihat hanya mendiamkan diri dikala Si Hadi Awang tu dihina oleh seorang Bekas Calon PKR.
Rasanya semua orang tau bahawa Si Hadi Awang tu telah disaman sebanyak RM 2juta kerana menaburkan fitnah terhadap Bekas Calon PKR tu sebelum ini.
Hadi Awang dalam ceramahnya sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu telah membuat tuduhan dengan mendakwa calon tersebut terlibat dalam aktiviti penjualan Pil Kuda.
Dalam satu kenyataan sewaktu kempen PRK Kajang sebelum ini, Si Ketua Penipu tu kata isu tersebut sudah pun diselesaikan. Tetapi hakikatnya, kes tersebut masih berterusan.
Jelas, tindakan mendiamkan diri dan melepas tangan dalam kes yang melibatkan Presiden PAS itu dilihat sebagai satu penghinaan. Tapi tak de pulak orang nak pertikai.
Bayangkan. Seorang Presiden parti yang KONONnya memperjuangkan Islam boleh didakwa menabur fitnah terhadap seorang Islam yang lain. Tak memalukan ke tindakan tu?
Mungkin status Si Hadi Awang tu tak cukup tinggi jika nak dibandingkan dengan Si Karpal. Mungkin puak - puak Pakatan ni perlu tunggu Hadi Awang tu meringkuk dalam penjara baru diorang nak bersuara!!! Masa tu, dah tak de guna dah. Buang masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.