Isnin, April 21, 2014


Heh! Memang betul sangat la kata Si Rafizi tu berkenaan dengan perbezaan pendakatan UMNO dan PKR sebelum ini. Macam langit dengan bumi jauhnya.

Biarpun kenyataan dia mengenai perkara tersebut dirujuk kepada sokongan golongan profesional, namun secara keseluruhannya memang berbeza pun.

Cara pentadbiran, dasar perjuangan, semuanya berbeza belaka. Kalau tak berbeza, menda kejadahnya PKR nak buat parti lain dari UMNO? Cerdik sangat la KONONnya dia tu ye tak?

Realitinya, anak - anak muda Profesional ni sendiri pun sedia maklum bahawa PKR memang tak mampu nak menjanjikan apa - apa untuk mereka sebab PKR tak de apa pun.

Waima dah dapat memerintah sebuah Negeri yang cukup kaya di Malaysia, namun PKR masih tetap GAGAL menyediakan peluang pekerjaan sewajarnya untuk golongan muda.

Malah, ketidak-mampuan PKR dalam menunaikan janji - janji mereka sendiri turut diakui sebelum ini. Jadi, anak - anak muda profesional ni nak harapkan apa dari PKR?

Setakat nak mengharapkan janji kosong, buang masa diorang je sebenarnya. Sekadar nak jadi pencacai macam Si Rafizi tu boleh la. Itu pun Si Rafizi tu tak nampak juga?

Realitinya, Si Rafizi tu tau bahawa UMNO mampu melaksanakan janji mereka dan menunaikan hasrat anak - anak muda profesional ni sebab dia sendiri pernah melaluinya.

Dia yang baru tamat pengajian di Universiti luar Negara pulang dan diberikan kerja yang cukup lumayan gajinya. Tapi, akibat salah laku sendiri, Si Rafizi tu telah diberhentikan.

Itu menunjukkan sikap Si Rafizi tu sendiri yang tak reti nak rasa bersyukur dengan apa yang telah dia dah dapat. Sebaliknya, dia sanggup jadi Pencacai kepada Si Ketua Penipu tu.

Apa yang jelas, bila Si Rafizi tu berkata sedemikian, ianya hanya menunjukkan dirinya sebagai seorang yang Hipokrit dan Munafik yang nyata. Itu je kesimpulannya.

Tapi apa nak heran ye tak. Dalam perlaksanaan pemilihan parti pun, PKR dengan UMNO ni jugak jauh berbeza. Sekurang - kurangnya, pemilihan UMNO tak de la sampai jaja cerita skandal dalam bilik dan sebarkan gambar pemimpin tengah 'dijilat aiskrimnya'!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping