Kalau PAS nak buat, biar dia buat. Yang lain nak sibuk apa pasal? Apa hak diorang nak halang perlaksanaan Hudud tu di kelantan sekali pun?
Perkara itu yang menghairankan kita sejak kebelakangan ni. Polemik berkaitan dengan Hudud ni nampak gayanya dah menjadi 'Duri Dalam Daging' Pakatan.
Kalau dulu, bukan main lagi puak - puak Pakatan Haramjadah tu dok sedap menuduh kononnya UMNO yang beria - ia menolak Hudud. Sekarang, macam mana?
Sekarang dah nampak sangat yang puak - puak Pakatan Haramjadah tu terpaksa bersilat sesama sendiri. Nak pulak dikalangan pemimpin Melayu Islam dalam PKR dan DAPigs.
Masing - masing dah tak tentu arah dibuatnya. Sekarang PAS dah nyatakan pendirian mereka. Jadi yang lain tak payah la nak sibuk tak tentu arah!!! Lagi pun, Hudud ni nak dibuat di Kelantan. DAPigs dan PKR bukannya ada tempat kat sana!!!
KOTA BAHARU: PAS akan meneruskan agenda melaksanakan hukum hudud di peringkat negeri dan mengingatkan parti-parti daripada rakan sekutunya bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hak untuk campur tangan.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS Kelantan sekali lagi memberi peringatan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa mereka tidak berhak untuk menghalang pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.
Katanya, cadangan melaksanakan hukum hudud itu telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 lagi menerusi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan.
Beliau berkata, cadangan yang diluluskan sejak 21 tahun lepas itu tidak berkaitan dengan perjanjian pakatan pembangkang.
"Perjanjian (Majlis Pimpinan Pembangkang) dan permuafakatan dalam pakatan pembangkang menyatakan untuk tidak melaksanakan hukum hudud itu hanya melibatkan konteks negara.
"Saya juga tidak faham mengapa DAP dan PKR mempertikaikan usaha kita untuk melaksanakan hukum hudud sedangkan manifesto juga terdapat di peringkat negara serta negeri," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pecah Tanah Projek Rumah Taman Kurnia Jaya di sini, Rabu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.