Jumaat, April 04, 2014


"MEMALUKAN!!!" Itu sebahagian dari makluman yang diterima dari beberapa orang mangsa yang terlibat dalam bencana banjir di Kuantan hari ini.

Ianya berlaku ekoran tidak ada sistem yang teratur dalam menyebarkan maklumat serta kegagalan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mematuhi SOP biasa.

Penyerahan bantuan kepada mangsa banjir yang dijalankan pagi tadi melibatkan dana yang disumbangkan oleh pihak Kerajaan UAE seperti mana yang telah didedahkan sebelum ini.

Turut dimaklumkan bahawa pihak JKM Kuantan GAGAL memaklumkan mengenai penyerahan bantuan tersebut kepada agensi - agensi yang berkaitan.

Katanya, pihak JKM tidak memberi 'briefing' terlebih dahulu kepada pihak yang terlibat bagi memastikan kelancaran penyerahan yang telah dibuat sejak awal pagi tadi.

Disebabkan kegagalan itu, maka berlaku sedikit kekecohan seperti mana yang dilaporkan oleh Pahangku Media yang membuat pemantauan di Kompleks Penyayang.

Jadi, pihak JKM Kuantan tak sewajarnya marah bila mangsa merungut dan anggap ianya satu tindakan sabotaj di laman media sosial. Kegagalan mereka yang membuatkan mangsa merungut tak tentu arah. Lain kali buat kerja jangan menyusahkan orang lain!!!
KUANTAN - Kompleks Penyayang Kuantan di (by pass) Jalan Kg Tiram dilaporkan sesak sejak awal pagi tadi berikutan mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir menyerbu untuk mendaftarkan permohonan mereka kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat bagi mendapatkan Bantuan Banjir Sumbangan Kerajaan Arab Saudi.

Crew PahangKu serta merta ke tempat kejadian apabila dimaklumkan berlaku keributan ketika pendaftaran berkanaan berjalan. 

Memang terdapat ribuan mangsa banjir yang berduyun-duyun datang untuk mendaftar namun keadaan tidaklah kecoh sebagaimana yang dilaporkan dilaman-laman facebook sejak pagi tadi.

Bagaimanapun mereka yang ditemui merungut tentang layanan yang diberikan oleh pegawai yang bertugas yang disifatkan tidak sistemetik. Mangsa yang datang menyerbu membuatkan keadaan kelam kabut dan sukar dikawal. 

Ada yang mempersoalkan kenapa tidak dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diminta datang pada hari-hari tertentu bagi mengelak kesesakan sebagaimana yang berlaku.


Selain itu, pemberitahuan yang dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mendukacitakan mereka bahkan ada yang hanya mengetahuinya melalui orang ketiga yang dihebahkan dikedai-kedai kopi. - Pahangku Media
Categories:

5 ulasan:

  1. x munasabah lansung..bimbang duit " x sampai "

    BalasPadam
  2. Terpaksa poteng keje nk pgi jkm,

    BalasPadam
  3. Kata bantuan uae akan terima sebelum aidilfitri....sehingga kini tiada apa2...cuma 100 org yg terima semasa upacara simbolik yg dis
    Adakan di hotel......sebelum ini..

    BalasPadam
  4. Kalo cara staff jkm mcm ni report je kt ibu pejabat.jkm tmpt lain elok n senang je dpt bntuan.jkm kuantan pilih bulu hnya kroni2 je dia dahulukn.yg susah tak ditolongnye yg kaya btmbh kaya ditolongnye.

    BalasPadam
  5. sekarang da tahun 2015..banjir tahun 2013...tapi duit bantuan dari UAE langsung x dpat..senyap mcm tu je...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping