Heh! Kalau betul la Si Karpal tu kena 'Tampar' dengan Haron Din ni, bukan takat masuk hospital dibuatnya. Mau dikejarkan ke ICU terus!!! Baru la dia sedar diri sikit!!!
Jangan suka - suka hati dia je nak buat bantahan tak tentu arah!!! Apa yang pasti, Si Karpal ni masih lagi tak sedar diri. Jadi, tak perlu la ada dikalangan pemimpin PAS yang nak ampu Si Karpal Whilchar tu dan kata dia dah dapat terima perlaksanaan Hudud!!!
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din meminta DAP tidak mengganggu urusan pentadbiran PAS Kelantan yang mahu melaksanakan Enakmen Mahkamah Jenayah Syariah Kelantan II atau hudud di negeri itu.
Beliau menegaskan, kesefahaman dan keharmonian antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat (PR) dalam mengurus tadbir negeri masing-masing yang berjalan dengan lancar selama ini perlu dipelihara.
Justeru, sepertimana PKR memerintah Selangor dan DAP menerajui Pulau Pinang tanpa campur tangan rakan parti komponen PR maka seharusnya usaha kerajaan PAS Kelantan itu juga tidak dibidas oleh DAP.
"Sementara menunggu tercapainya matlamat akhir iaitu menubuhkan kerajaan (Pusat) kita diberi kesempatan untuk memerintah negeri maka berlaku seperti sekarang ini, ada negeri PKR, yang mana Kelantan diperintah PAS dengan agendanya.
"DAP di Pulau Pinang telah kita lihat program agendanya berjalan. PKR dengan Selangornya. Kita tidak pernah mengganggu urusan kerajaan DAP di Pulau Pinang dan juga tidak pernah mengganggu gugat polisi PKR Selangor.
"Seperti itulah saya harapkan agenda politik PAS di kelantan berjalan dengan tidak ada gangguan daripada kawan-kawan Pakatan," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
Semalam Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh buat sekian kalinya membidas usaha kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Mahkamah Jenayah Syariah Kelantan II atau hudud.
Karpal menegaskan, pelaksanaan hukum Hudud walaupun telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 1993 namun bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Bantahan itu susulan daripada langkah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bercadang membentangkan usul rang undang-undang persendirian menerusi ahli Parlimennya bagi membuat pengisytiharan enakmen berkenaan agar dapat dilaksanakan di negeri itu. - seterusnya...
Assalammualaikum wmt,
BalasPadamSekali Dato' Harun bersuara sangat bernas dan padat.
Tepat kena batang hidung PKR dan DAP yg suka menyibuk urusan parti lain.
Tapi, sekali fikir, kenapa Timbalan Mursyidul Am yg cakap?
Mana Presiden, Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia?
Mereka dah minta maaf macam bekas MB Kelantan ker?
Kalau begini eloklah Dato' Harun Din saja yg jadi pemimpin utama Pas.
Mesti ramai yg sokong kan...kannnn....?