Heh!!! Macam mana Si Mahfuz Bean ni boleh jadi Ketua Penerangan PAS Pusat ek? Bila ditanya soalan macam ni pun dia boleh menggelabah tak tentu arah.
Baru tanya pasal isu Hudud, dah Si Mahfuz Bean ni tercungap - cungap dibuatnya untuk mengelak. Nampak sangat la dia cuba nak 'Main Selamat'.
Mahfuz semalam seolah-olah "mengelabah" dan cuba mengelak dari memberi kenyataan berkenaan isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri Kelantan ke Parlimen.
Dalam sidang akhbar terbaru di ibunegara semalam, dia teruk diasak media yang meminta komen darinya tentang pendirian dua "sahabat PAS", DAP dan PKR, yang secara terbuka membantah tindakan partinya itu.
Peliknya, sudahlah dia enggan jawab soalan tersebut, tapi dia menyebok pula mempersoal UMNO yang sebelum ini memberi komitmen untuk menyokong langkah PAS berkenaan RUU Hudud itu sekiranya bertepatan dengan hukum hudud Islam sebenar.
Kata Pesuruhjaya PAS Kedah itu, cukuplah dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menegaskan bahawa parti itu konsisten dengan RUU Hudud itu dan tidak peduli dengan bantahan atau reaksi dari dua lagi parti Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.
Persoalannya, mengapa Mahfuz berdolak-dalik di depan media dan enggan memberi komen mengenai ketegasan PAS dalam soal perlaksaan hudud itu? Padahal, Mahfuz selaku Ketua Penerangan PAS sepatutnya menyokong ketegasan Presiden parti, bukan?
Mengapa Mahfuz enggan komen? Apakah Mahfuz cuba "play safe" dalam soal yang memerlukan ketegasan seperti ini? Hudud merupakan hukum Allah dan wajar dipraktikkan di negara kita sekiranya digubal bertepatan dengan keadaan zaman dan Islam, kenapa Mahfuz tidak sokong?
Apakah Mahfuz enggan memberi ulasan hanya kerana mahu menjaga hati DAP dan PKR? Demi hati PKR dan DAP, Mahfuz rela berdiam diri dan menyerang UMNO yang turut menyokong perlaksanaan hukum Allah itu di Malaysia? Pejuang Islam jenis apakah Mahfuz ini?
Sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz sewajibnya menyokong penuh kenyataan Hadi Awang serta menegaskan bahawa partinya tidak akan berganjak meskipun perlu berpisah dengan DAP dan PKR yang jelas tidak menghormati kedudukan Islam!!!
Jenis yg tiada kemaluan..
BalasPadamMahfuz smart, cerdik tak berjaya dikelirukan. Yang cerdik ja dalam Pakatan.
BalasPadamCerdik sangat sampai jadi KELDAI dalam PR.....kahkahkah
PadamCerdik kepala hotak engkau, sanggup menyembah orang kafir untuk keuntungan politik.
Padam