Jumaat, April 18, 2014


Kalau pepatah orang tua - tua kata, Harimau Mati Meninggalkan Belang. Tapi dalam kes Si Karpal ni, lain pulak ceritanya. Dia pergi meninggalkan hutang.

Bukannya SH tak rasa isu mengenai kematian Si Karpal tu sebagai satu isu yang sensitif. Nak pulak dikala ahli keluarga dia sedang meratapi pemergian dia semalam.

Tapi hakikat tetap hakikat. Kebenaran tetap perlu ditegakkan. Maka kita perlu terima realiti mengenai perkara tersebut. Dan Kebenaran itu memang susah untuk kita telan.

Seperti yang SH bangkitkan semalam, pemergian Si Karpal tu telah membawa bersama satu persoalan mengenai dakwaan yang telah dibuat pada tahun 1997 yang lalu.

Pada ketika itu, Si Karpal telah membuat tuduhan terhadap Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan mengenai salah laku moral didalam sidang Parlimen.

Waktu tu jugak Si Karpal membuat desakan supaya Si Ketua Penipu tu digugurkan dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Kata Karpal, dia boleh membawa saksi serta mangsa yang terbabit dalam salah laku moral hubungan seksual luar tabiie Si Ketua Penipu tu sebagai bukti.

Malah, pada waktu itu juga, Si Karpal tu sendiri yang menjadi wakil kepada Bekas Pemandu Peribadi Wan Azizah menghadapi Si Ketua Penipu tu di mahkamah.

Maka, keputusan pihak mahkamah yang mendapati bahawa Si Ketua Penipu tu seorang Peliwat adalah hasil kerja yang ditinggalkan oleh Si Karpal juga.

IRONIKnya, kenapa dalam kes liwat kali kedua yang melibatkan Si Ketua Penipu tu dengan Saiful, Karpal tiba - tiba berubah arah dan menjadi Ketua Peguam untuk Si Ketua Penipu tu?

Perkara itu yang masih lagi menjadi satu tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga hari ini. Dan jawapan kepada persoalan itu telah dibawa Karpal ke dalam kubur.

Kesimpulannya, Karpal masih lagi berhutang besar dengan seluruh rakyat Malaysia mengenai dakwaan yang dia buat. Sekarang siapa yang nak melunaskan hutang dia tu? Mampu ke anak dia nak langsaikan hutang tersebut? Korang sendiri fikir la!!!
Categories: ,

10 ulasan:

  1. Bersyukur anuar kerana segala bukti yg ada pada karpal telah dibawa mati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anuar Ibrahim harus bertaubat, bukan bersyukur.

      Padam
  2. Dokto patut ambil air money ,hidupkan dia sekali lagi,klonkan dia. Besarkan dia suruh dia ambil jurusan undang undang univerciti malaya.Suruh dia bayar hutang jizyah zakat jangan jadi ikhwan yang darahnya halal.

    BalasPadam
  3. Hutang Karpal je yang kita tengok. Dia dah bayar le hutang tue.... Jangan ketinggalan internet.

    Tengok le masalah hutang rakyat. Ni student2 yang baru habis belajo macamana? Kalau mati lepas habis ngaji, habihle keluarga kena tanggung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah belajar pun setakat dapat keputusan cukup makan, memang tak ke mana la jawabnya. Orang lain semua ok je. Tak de kerja, buat kerja sendiri. Meniaga, berusaha. Bukannya merungut tak tentu arah.

      Orang hantar belajar ke Universiti suruh BELAJAR bukan suruh BERDEMONSTRASI!!!

      Padam
    2. SH. Sy jgk mahasiswa.. TN 3.39 ni jenis suka harap kan org lain je.. Allah dah jnji kan rezeki itu ada.tp dgn syarat berUSAHA.. Waima org xde pelajaran pon kalau berusaha tetap berjaya.itu jnjiNYa. Tp bg mereka yg pemalas ni kerja nya hanya crk salah org je..

      Padam
  4. Yang malangnya, belajar dgn keputusan cukup makan tu orang Melayu ler yang ramai.

    Nak buat kerja sendiri, meniaga kena cari modal. Mana nak cari. Hutang lagi atau gi cari bantuan macam minta sedekah. Kalau berniaga burger boleh ler. Kesian kat peniaga sediada nak cari makan. Itu pun ramai dah sekarang yang kerja di bawah kelayakan sebenar hingga geng sijil spm pun geram mereka melepas. Geng spm dan srp ni silap2 boleh join hisap dadah hilang tension.

    Cer cerita berapa banyak student tak da kerja yang berjaya dalam perniagaan. Bertahan lama. Kejap ja naik bang. Habis bantuan, lingkuplah. Contoh ahli perniagaan macam Tajudin Ramli (tak sama kes pun) yang namapak macam disokong kroni pun tersungkur.

    Mungkin ada seorang dua bertahan lama. Habis balance beribu lagi tu kira malas nak usaha la.

    Betul ke Universiti suruh belajar. Tapi pelajar itu dipaksa belajar dengan kos pinjaman yang tinggi berserta interest.

    Kena sedar kos belajar telah dinaikkan begitu tinggi. Kos student engineer dulu RM17k saja. Skarang lebih RM30k. Kemudian satu masa dulu heboh gaji pensyarah dinaikkan. Seronok pensyarah, tak sedar kerajaan kebas duit student.

    Geng barisan cakap memang kos suma naik. Kos universiti swasta lagi tinggi. Eloklah tu punya jawapan. Bos2 universiti swasta tu pun kroni, universiti jadi perniagaan. Mana tanggungjawab kerajaan. Inilah yang menyebabkan mereka demonstrasi sepertimana yang dibenarkan dalam negara demokrasi.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Penduduk dah bertambah.persaingan negara luar banyak,inflasi,robot otomasi,malas rajin mengadap gajet.petua orang dulu, injit semut siapa rajin sakit puasa naik atas,sikit sikit lama lama jadi bukit asb,kura kura lawan lumba lari dengan arnab jadikan teladan. Banyak lagi cari dalam kitab giliraan budi cari satu kaji buku sastra ini.jangan salah kerajaan macam anwa tu.dia tu belajar sastera kat um pon dia tak tau apa dia belajar.dia bukan contah yang baik untuk diteladani.

      Padam
    2. 7.09
      Gaji pensyarah naik diambil drp student. Kamu ni ignorant ke atau dilahirkan bodoh. Kalau kamu student mesti kaki ponteng dan kaki tiru. Kamu ambil bulat2 apa yg kamu dengar tanpa berfikir secara kritikal. Woi gaji pensyarah tak naik sejak sekian lama. Gaji cikgu pun libih byk drp gaji pensyarah

      Padam
  5. Kenapa graduate non Malay tak bising pun, sebab pinjaman dapat jadi biasiswa, sebab dapat grade yang baik, Malay belajar setakat lepas batuk, cuba tengok di library siapa ramai di sana, Malay ada juga tapi berapa kerat, ada pun tempat merendek, siapa rajin jumpa lecturer untuk bertanya..non-malay, jadi kalau kena bayar balik patut lah, dah dapat masuk university pun sebab kesian, takut tak da malay di university, pasal kerja cina hindu tak bising pun pasal tak dapat kerja makan gaji, dia orang boleh usaha untuk hidup, sebab berusaha, mereka tahu untuk Berjaya, mereka tahu untuk berbelanja, melayu apa tahu, dapat gaji, enjoy, tak da duit pinjam along,..kena pukul salahkan along, kalu nak enjoy, pakat makan maggi pagi petang siang malam la... pasal kerja, pihak swasta yang banyak menyumbang memberi kerja, lihat kerajaan Selangor sekarang, sebab tak da air, banyak syarikat akan keluar dari Selangor nanti, apa nak kerja...fikirlah..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping