Inilah sebabnya kenapa SH hanya menganggap pemilihan PKR kali ini sebagai satu "Pesta Buih" yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat.
Pokok pangkalnya, diorang beramuk sesama sendiri. Diorang bergaduh dalam parti demi kepentingan diri sendiri. Bukannya diorang bertanding demi rakyat.
Bak kata orang kampung SH, "They 'cock fight' among themselves, but yet the people had to suffer". Itu perkara yang pasti dan tidak dapat dinafikan oleh mereka.
Hakikatnya, dalam laman media pun diorang berbalah sesama sendiri. Diorang mengutuk secara terbuka biar pun ada yang tak menyebut nama pihak tertentu.
Tapi bila ada wujud risalah yang mengutuk sesama mereka, mula la diorang menunding jari terhadap orang luar. Diorang kata "Ini satu provokasi nak melagakan sesama mereka."
Itulah perkara yang dibangkitkan oleh seorang Ketua Cabang Ipoh Barat mengenai kewujudan risalah yang jelas memburukkan Si Azmin tu sebelum ini.
Kata Si Ketua Cabang tu, perkara tersebut dilakukan oleh indidvidu yang tak menyenangi Si Azmin tu sebagai Timbalan Presiden dan ianya melibatkan orang luar.
IPOH - Penyebaran risalah berkaitan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali disifatkan sebagai tindakan provokasi yang cuba dilakukan untuk melaga-lagakan pemimpin itu dengan dua lagi calon lain.
Ketua Cabang PKR Ipoh Barat, MA Tinagaran berkata, perkara seumpama itu bukanlah pertama kali berlaku malah pernah dilakukan sebelum ini oleh musuh-musuh politik.
Menurutnya, tindakan seperti itu tidak pernah wujud dalam parti dan beliau percaya ia dilakukan oleh pihak luar yang sengaja mahu mengambil kesempatan.
Nah! Sekarang persoalannya, siapa yang dia maksudkan sebagai "Orang Luar" tu? Kepada siapa dia tujukan dakwaan tersebut? Rasanya korang sendiri boleh buat tafsiran.
Realitinya, apa saja yang berlaku didalam parti itu bukannya sebab pihak luar. Tapi sesama diorang tu sendiri memang ada niat nak memburukkan sesama diorang.
Itu realiti yang nyata. Tengok kat Selangor pun cukup la sebagai bukti. Tak cukup lagi ke dengan konflik kepimpinan yang berlaku diantara Si Khalid dan Si Azmin tu?
Itu pun masih jugak pemimpin PKR ni nak salahkan orang lain? Tolong la!!! Sedar la diri sikit. Terima la kenyataan memang ada masalah dari segi salah laku moral. Jadi sebab itu la diorang lancarkan kempen jaja gambar 'Jilat Aiskrim' tu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.