Dilaporkan bahawa Si Mahfuz Bean tu meroyan lagi hari ini. Kali ini mengenai isu 'Kertas Putih' yang ada kaitan dengan peristiwa Memali yang didedahkan oleh Musa Hitam.
Si Mahfuz Bean tu dikhabarkan telah mengamuk dan tak puas hati dengan tindakan Speaker yang menolak usul tersebut dari dibentangkan didalam sidang Parlimen.
Kata Si Mahfuz, isu tersebut penting dan wajar dilakukan kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Musa Hitam jelas telah menolak laporan 'Kertas Putih' yang dibentangkan.
KUALA LUMPUR 9 April - Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar hari ini mempertikai keputusan speaker Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin kerana menolak usul kertas putih Memali.
Mahfuz berkata, Pandikar memberi alasan remeh walaupun beliau mengetahui kenyataan yang dibuat oleh bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China
Hakikatnya, Si Mahfuz Bean ni meroyan bukan sebab usul tu ditolak. Tapi dia meroyan sebab tak dapat peluang nak memburukkan nama Tun Mahathir dalam sidang Parlimen.
Jika dilihat dari satu sudut, memang itu tindakan yang hendak dilakukan oleh Si Mahfuz Bean ni memandangkan dia ada dendam dengan anak Tun di Kedah.
Tujuan Si Mahfuz Bean nak bangkitkan isu tu didalam sidang Parlimen dilihat sebagai satu tindakan untuk membalas dendam terhadap Datuk Paduka Mukhriz selaku Menteri Besar.
Apa yang sepatutnya Si Mahfuz Bean ni buat ialah mendedahkan sama ada tertulis atau pun tidak kenyataan mengenai kedudukan Tun Mahathir dalam laporan 'Kertas Putih' tu.
Ada ke dalam laporan tu ditulis sama ada Perdana Menteri pada ketika itu berada diluar atau didalam Negara pada ketika peristiwa itu berlaku?
Kalau tak de, dia nak meroyan pasal apa pulak? Buat apa dia nak menghabiskan masa sidang Parlimen untuk membahaskan isu yang tak wujud dalam laporan 'Kertas Putih' tu?
Kalau setakat nak balas dendam dan tujuan nak memburuk - burukkan nama orang lain, baik tak payah buat Mahfuz oi!!! Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah. Banyak lagi isu lain yang dia boleh bawak dari nak menyusahkan orang tak tentu arah!!!
Dah tak ada isu penting nak dibentangkan d parlimen ker? Buang masa jer jadi MP kalau tak sumbang kepada Negara dan rakyat. Asyik nak recycle barang basi. Ini lah kualiti wakil rakyat dari pas?
BalasPadamAssalammualaikum wmt,
BalasPadamTelah sekian lama Parlimen adalah tempat medan untuk pembangkang bermain politik kepartian bukannya untuk berbincang atau lkan sesuatu perkara yg baik demi kepentingan rakyat yg mengundi mereka.
Kalau diperhatikan tidak ada satu pun kebaikan untuk rakyat yg mereka lakukan di dewan yg mulia itu.
Mereka tahu hanya membangkang apa jua yg dikemuka atau dicadangkan oleh pihak kerajaan.
Akibatnya, rakyat - terutamanya yg menyokong pembangkang, tak faham apa fungsi Parlimen.