Khamis, April 10, 2014


Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah menyelar kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh yang mengkritik hasrat Kelantan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Meminta kenyataan Karpal tidak perlu dilayan, beliau menjelaskan ia bukanlah kenyataan kali pertama daripada pemimpin DAP itu yang membantah pelaksanaan undang-undang tersebut setiap kali timbul isu hudud.

Menurutnya, tidak timbul sama ada Karpal tidak bersetuju atau sebaliknya kerana perkara 76 Perlembagaan Persekutuan telah membenarkan Kerajaan Persekutuan memberi izin kepada kerajaan negeri melaksanakan undang-undang Islam.

“Lagipun sebelum ini memang sedia ada draf atau kanun yang telah diluluskan oleh Dun seperti Kelantan. PR juga setuju bagi negeri-negeri yang ada kanun tersebut untuk dilaksanakannya.

“Sepatutnya Karpal Singh tidak buat kenyataan begitu. Ini hak umat Islam, kewajipan umat Islam perlu dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian bahawa Ahli Parlimen DAP tetap tidak akan menyokong usaha Kelantan memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberikan kebenaran kepada negeri itu melaksanakan hudud.

Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh berkata, mengikut perlembagaan, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini.

Menurutnya, Dun Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan kelulusan enakmen ini daripada Parlimen.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, pelaksanaan hukum hudud adalah kewajipan umat Islam dan meminta orang bukan Islam menghormati perkara itu.

Jelasnya, Karpal Singh perlu terbuka kerana Kerajaan Kelantan memberi kelonggaran kepada bukan Islam di negeri itu sama ada untuk memilih undang-undang syariah atau sivil.

“Ini menunjukkan tiada paksaan kepada bukan Islam. Berbeza dengan Brunei yang telah mengisytiharkan pelaksanaan hudud kepada semua rakyatnya sama ada Islam dan bukan Islam tetapi kita beri pilihan kepada bukan Islam,” katanya.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Kita pinda Perlembagaan Negara jika perlu. Jika dibawa ke Parlimen baru PAS tahu, siapa musuh, siapa lawan, siapa yang berjuang untuk Islam, siapa yang berjuang untuk kuasa politik. Yang pasti Bapa Peliwat Negara berjuang untuk jadi Perdana Menteri semata-mata.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping