Ini yang diorang kata sebagai perjuangan Hak Kebebasan Media? Bila nak bersuara mengenai kepincangan yang berlaku, terus dihalang dan diharamkan?
Itu Kebebasan Kepala Tengkorak dia!!! Jangan la Si Joe Bedul ni nak memalukan parti sendiri. Dia sendiri secara jelas telah mendedahkan kemaluan Pakatan.
Jika selama hari ini, puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri mengutuk dan menuduh pihak Kerajaan yang kononnya pada mereka menutup pintu Kebebasan Media.
Hanya semata - mata diorang tak dapat tampil dalam televisyen, maka dengan mudah diorang melabelkan Kerajaan sebagai Anti Media. Hakikatnya, diorang yang Gila Glamour.
Tapi apa yang nyata, perjuangan diorang dalam bab nak membebaskan Media ni hanya RETORIK semata - mata. Perlaksanaan dalam parti pun diorang tak mampu buat.
Itu yang jelas. Maka sebab itulah bila Si Joe Bedul ni buat kenyataan media semalam, ianya dikecam oleh segelintir penyokong Pakatan Haramjadah tu sendiri.
Mereka menyifatkan tindakan menghalang calon yang tak puas hati dengan pemilihan kali ini supaya tidak mengadu kepada media hanya satu tindakan yang memalukan.
Calon - calon yang terbabit bukan sahaja dilarang dan dihalang buat kenyataan dalam media. Tapi mereka juga turut diugut, GUGUR PENCALONAN sekiranya berbuat demikian.
Nah!!! Sekarang tanya balik pada puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Mana perginya slogan perjuangan Kebebasan Media yang dilaung - laungkan selama hari ini?
Kalau setakat bercakap je nak memperjuangkan Kebebasan Media, apa gunanya? Tak mendatangkan faedah lansung. Itu hanya membuktikan bahawa Pakatan Haramjadah ni TAKUT PADA BAYANG - BAYANG SENDIRI!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.