Isnin, April 07, 2014


Penyandang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendahului persaingan jawatan tersebut apabila sebanyak 11 ketua cabang yang dikaitkan dengan 'kem Azmin' menang tanpa bertanding pada pusingan awal pemilihan parti yang akan bermula 25 April hingga 11 Mei ini.

Sumber parti itu memberitahu, setakat ini enam daripada 14 cabang PKR Pahang daripada pasukan Azmin disahkan tidak dicabar oleh mana-mana calon menjadikan mereka menang tanpa bertanding.

"Enam cabang tersebut ialah Kuala Lipis, Raub, Temerloh, Bera, Rompin dan Pekan sudah menang tanpa bertanding dalam pemilihan pusingan pertama," kata sumber terdekat parti itu kepada Antarapos hari ini.

Kata sumber itu lagi, pemilihan di negeri itu juga menyaksikan Ketua Cabang PKR Kuantan, Fuziah Salleh bakal dicabar oleh Nancy Kong manakala Bakri Salim pula dicabar oleh Pemangku Ketua PKR Cabang Indera Mahkota, Chean Chung.

Dalam situasi ini, katanya, Nancy dan Bakri dikatakan sebagai kem Azmin manakala Fuziah adalah dalam 'kem Khalid' iaitu calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Selain itu, Chean Chung pula adalah daripada pasukan calon Timbalan Presiden, Tian Chua.

"Di Terengganu pula, dua ketua cabang daripada team Azmin sudah awal-awal disahkan tiada pesaing menjadikan mereka sudah menang tanpa bertanding manakala di Kelantan pula tiga ketua cabang yang dikatakan orang Azmin turut menang tanpa bertanding," katanya.

Sumber memberitahu, bagaimanapun terdapat beberapa cabang yang bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon kem Azmin, Khalid dan Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail. 

Pada pemilihan PKR kali ini, Azmin mempertahankan jawatannya yang berdepan saingan lima pencabar iaitu Abdul Khalid, Saifudin, penyandang Naib Presiden Tian Chua, ahli parti Datuk K Ramachandran dan Murali Subramaniam. 
Categories: ,

1 ulasan:

  1. I read this post fully on the topic of the comparison
    of most up-to-date and earlier technologies, it's remarkable article.


    Feel free to surf to my web blog :: roofing contractors Indianapolis

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping