Itu persoalan yang perlu dijelaskan oleh puak - puak yang selama hari ini menyokong Si Azmin tu secara terang - terangan. Sanggup ke diorang nak bersabar?
Kalau tengok pada keadaan sekarang ni, nampak gayanya macam dah tak sabar - sabar sangat diorang nak pancung Si Khalid Ibrahim tu secepat mungkin.
Malah kesudahan mengenai agenda "Langkah Kajang" pun masih belum dapat dipastikan sama ada ianya akan tetap diteruskan atau ditinggalkan begitu sahaja.
Jadi, kita tunggu la respon dari kalangan puak - puak yang menyokong perlaksanaan "Langkah Kajang" tu mengenai pendirian yang dinyatakan oleh Si Khalid ni. Jangan diorang meroyan tak tentu arah sudah la!!!
SHAH ALAM: Tan Sri Khalid Ibrahim membayangkan beliau tidak akan menjadi Menteri Besar Selangor untuk penggal ketiga dan hanya akan menamatkan khidmatnya pada penggal ini.
"Saya tidak bercadang menjadi Menteri Besar untuk penggal yang ketiga. Tapi saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini," kata beliau menerusi laman mikro Twitternya, petang tadi.
Dalam laman sosial itu, Khalid juga berkata beliau mahu menjadi seorang pemimpin yang dikenang dengan memberikan khidmat terbaik untuk rakyat Selangor.
Khalid sebelum ini didesak ahli akar umbi agar meletakkan jawatannya ekoran seringkali membelakangkan parti ketika membuat keputusan penting membabitkan kebajikan dan kepentingan rakyat Selangor.
Terbaru tindakannya menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) berkaitan air di Selangor dengan kerajaan persekutuan baru-baru ini.
Tindakannya itu walaupun memberi manfaat kepada rakyat Selangor untuk jangka masa panjang, agar mereka terus mendapat bekalan air yang mencukupi, PKR tetap membantahnya dan meminta Khalid mempertimbangkan kerjasama itu.
MB Selangor sebenar nya mempunyai jiwa Melayu. Asal nya dari kampong maka pemikiran nya boleh di ilustrasikan.
BalasPadamCuma apabila menjadi pembangkang, keterpaksaan untuk menjadi diri sendiri mesti di benamkan. Segala tindak tanduk dan kata-kata tidak lain akur sebagai suara pembangkang.
Lantaran itu kemelut yang beliau hadapi sekarang memang bertentangan dengan naluri nya. Cuma beza nya, nafsu serakah manusia menjadikan seseorang itu mencari jalan singkat untuk mengisi lompang yang di sediakan syaitan untuk menjadikan seorang Islam itu kufur dan musyrik lantas menongkah arus...
Ini hanya pandangan peribadi saya terhadap beliau.
Teruskan perjuangan TSKI.....utamakan rakyat sbg stakeholder....parti hanya platform....mati esok bkn nak kena jawab pd nuar pungkog arau azmin slurpppp....kita nak kena jawab pd Allah Taala....kalu agak pkr dah menjadi liabiliti...pas and umno masih ada....
BalasPadamJangan makan sorang khalid share dengan azmin 50 50
BalasPadam