SEBAGAI isteri kepada seorang pemain bola sepak terkenal dunia, pastinya seorang wanita itu mengimpikan sambutan hari ulang tahun kelahirannya dalam suasana romantik, bertuah dan begitu gembira.
Tetapi perkara itu tidak akan berlaku jika wanita itu berkahwin dengan bintang Manchester United, Wayne Rooney.
Hal ini kerana, tweet yang diberikan Rooney kepada isterinya mencerminkan bahawa dia bukan seorang yang bijak menghargai wanita.
Penyerang United itu dalam Twitternya dilaporkan hanya sekadar mengucapkan, "Selamat hari lahir kepada isteriku@ColeenRoo harap kamu mempunyai hari yang baik."
Tweet yang ditujukan oleh Rooney itu kemudian disifatkan sebagai tidak sepatutnya oleh pelbagai pihak kerana menganggap dia tidak menghargai wanita apatah lagi isterinya. Coleen dan Rooney mula bercinta sejak 10 tahun lalu sebelum berkahwin.
PS: Alahai! Itu pun nak diheran dek diorang ni ek. Tahan la si suami tu ada jugak hantar ucapan pada isteri dia. Ingat jugak dia pada isteri dia tu.
Lain la macam kat Malaysia ni. Ada suami sanggup lawan isteri dia bagi merebut jawatan yang sama biarpun dalam satu parti.
Semuanya hanya kerana si suami tu GILA KUASA. Si isteri pulak hanya setakat jadi 'Spare Part' kalau si suami kena sumbat dalam penjara!!! Lagi hina dibuatnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.