Sabtu, April 05, 2014


Pergh!!! Baca tajuk pun dah boleh buat kita terasa 'Nyilu'. Sampai tahap itu dia marah pada tunang dia ye. Siap dia upah gengster segala. Bahaya betul minah ni.

Kiranya tak de la hebat sangat orang nak bagi upah tampar muka orang kat Malaysia ni ye tak. Setakat nak upah RM 500, apa barang beb. Tak berbaloi dan tak mendatangkan faedah lansung!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Seorang doktor wanita melarikan diri selepas mengarahkan sekumpulan gangster memotong kemaluan bekas tunangnya akhirnya berjaya ditangkap di sebuah pekan kecil di sini - beberapa tahun selepas kes tersebut dibicarakan dan dia dihukum penjara enam tahun tanpa kehadirannya, demikian lapor akhbar United Kingdom, The Mirror pada Khamis. 

Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2002.

Tunangnya itu, Wendel Souza telah memutuskan untuk membatalkan perkahwinan mereka tiga hari sebelum berlangsungnya majlis tersebut.

Dr Myriam Castro, adalah seorang doktor yang dihormati ramai yang datang dari sebuah keluarga kaya raya turut mengupah gangster berkenaan membakar rumah dan memusnahkan kereta milik bekas tunangnya itu.

Mahkamah yang membicarakan kesnya pada tahun 2002 mendengar bagaimana tiga lelaki, yang mendakwa mereka hanya menjalankan arahan yang diberikan kepada mereka oleh doktor wanita berkenaan, telah menculik Souza dan kemudian memotong kemaluannya.

Bapa Dr Myriam Castro yang berusia 76 tahun turut didakwa bersubahat dengan anak perempuannya itu dalam menjalankan konspirasi ini. Kesemua anggota gangster yang dituduh menjalankan arahan tersebut adalah bekas pesalah.

Saudara kepada Souza, yang turut berada bersamanya ketika dia diculik dan disiksa pengsan sebaik sahaja melihat tiga lelaki itu bertindak memotong kemaluan abangnya.


Selepas selesai mengupah gangster berkenaan melakukan jenayah tersebut, Dr Myriam Castro telah menghilangkan diri dan berpindah ke sebuah pekan kecil bernama Pirassununga, di negeri Sao Paulo. Di sana dia meneruskan kerjayanya sebagai seorang doktor.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping