Khamis, April 10, 2014


Pas berterusan ditentang rakan sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang berhubung hasrat parti itu untuk mengemukakan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Ketika Kerajaan Pusat dan UMNO menyatakan sokongan kepada hasrat Pas itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula memberi peringatan keras bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.

Malah Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, secara terang-terangan berkata, DAP selaku parti kedua terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan Pas.

“Hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan," katanya sebagaimana dipetik dari The Malay Mail Online hari ini.

Tony Pua adalah pemimpin kanan kedua DAP yang tampil menentang hasrat Pas selepas bekas Pengerusi, Karpal Singh lantang mengingatkan Parlimen minggu lalu agar jangan membenarkan usul berkenaan diluluskan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu, rang undang-undang persendirian akan dibentang di Parlimen bagi mendapat kebenaran untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PKR, N. Surendran, juga senada dengan DAP apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan yang jelas tentang hudud pada tahun 2011.

“Ketiga-tiga pihak secara terbuka mengumumkan bahawa tidak akan melaksanakan hudud kecuali mendapat persetujuan semua pihak dalam pakatan. Tidak ada kata sepakat tentang hal itu," katanya.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. INILAH HASIL BAHALUL SIYALSI. KAFIR TAK KAN REDHA SEHINGGA KITA MENGIKUT MEREKA. TAK KAN INI PUN PAS MASIH BELUM BELAJAR LAGI.
    KALAU HUDUD INI UNTUK KETENTERAMAN DUNIA AKHIRAT KITA AKAN SOKONG. JANGAN SEMBANG JER LEBIH. BUAT MODAL POLITIK DAN JUGA UNTUK UGUTAN POLITIK PAS. APA ADA MASALAH DENGAN SOKONGAN. PAS DAN UMNO SERTA PKR ISLAM BOLIH MENENGGELAMKAN BABI2 DAP.
    HUDUD BIAR ADIL. TAK KIRA ISLAM DAN BUKAN ISLAM. KALAU SEBELAH PIHAK SAJE BAIK TAK PAYAH.

    BalasPadam
  2. SEBAB ORG YG NAK LLKSANAKAN HUDUD TU BUKANNYA BENAR BENAR IKHLAS NAK LAKSANAKAN HUDUD. MEREKA HANYA JADIKAN MODAL POLITIK AJE. KALAU BENAR IKHLAS DAH LEBIH 20 TAHUN DAH. BILA GAGAL MEREKA SALAHKAN ORANG LAIN. TAPI TAK PERNAH MENYALAHKAN DIRI SENDIRI YG SUKA SANGAT MENJIKAT DAPig TU

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping