Hadoih!!! Memang tak boleh blah betul la tengok gelagat Si Mahfuz Bean ni. Tak puas - puas lagi ke dia memBODOHkan diri dia sendiri depan orang ramai?
Lepas satu persatu keBODOHan Si Mahfuz ni terserlah apabila dia sering kali kantoi buat kerja yang bukan - bukan. Buat malu Presiden PAS je kerja dia.
Si Mahfuz tu sedar tak yang dia tu ada jawatan besar dalam parti yang KONONnya memperjuangkan Islam tu? Atau dia lupa yang dia tu masih lagi Ketua Penerangan PAS?
Sepatutnya, sebagai seorang Ketua Penerangan, dia bertanggungjawab memberi penerangan yang benar kepada orang mengenai sebarang isu. Itu amanah yang diberikan kepada dia.
Tapi ternyata Si Mahfuz Bean ni telah mengkhianati amanah serta tanggungjawab yang diberikan kepada dia oleh Presiden PAS sebelum ini dengan menabur fitnah tak tentu arah.
Cukup - cukup la Presiden, Timbalan serta Setiausaha Agung PAS tu sahaja yang didakwa menjadi penyebar fitnah. Takkan la sampai Ketua Penerangan pun nak ikut sekali?
Orang dah kata, calon PAS yang bertanding di Bukit Gelugor tu bukan ahli UMNO. Malah calon PAS turut memaparkan bukti bahawa dia masih lagi ahli PAS seumur hidup.
Tapi Si Mahfuz Bean tu dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor masih lagi mahu menjaja cerita kononnya calon PAS tu bukan ahli PAS.
Sebaliknya dia tuduh calon PAS tu sebagai ahli UMNO dengan memaparkan borang keahlian UMNO yang palsu. Habis merata dia jaja cerita tu sepanjang kempen minggu ini.
Jika benar dakwaan yang dibuat oleh Mahfuz, kenapa dia tak tampil dengan bukti? Kenapa dia hanya bercakap je mengenai perkara tersebut?
Paling tidak pun, dia sebagai seorang pemimpin PAS boleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap calon PAS tu jika dia tidak bercakap benar.
Apa kata Si Mahfuz Bean tu mewakili calon PAS tu memfailkan saman dan mendakwa dia di mahkamah? Tampilkan bukti berkaitan dengan dakwaan tersebut. Baru la orang nampak Si Mahfuz Bean tu cerdik sikit. Jangan setakat buat tuduhan pakai Kepala Lutut!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.