Jumaat, Mei 16, 2014


Satu notis tuntutan saman dihantar kepada portal berita pro-pembangkang, Malaysiakini, di atas penerbitan artikel yang berunsur fitnah.

Dua artikel tersebut masing - masing bertajuk “A Case Of The PM Reaping What He Sows” dan “How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu” oleh portal berita berkenaan.

Kata peguam Raihanah Ariffin yang mewakili UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, notis tuntutan saman itu telah dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini semalam.
“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anakguam kami dan telah diterbitkan di laman web tersebut bertarikh 14 Mei 2014 baru-baru ini.

“Biarpun pada awalnya wakil daripada portal berita tersebut berkeras tidak mahu menerima notis tersebut, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” jelas beliau seperti dilaporkan portal berita rasmi UMNO – UMNO-Online, Khamis.
Raihanah menjelaskan, notis saman itu menuntut portal Malaysiakini untuk:-
  • membuat permohonan maaf,
  • menarik balik artikel,
  • menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan fitnah terhadap UMNO dan Najib,
  • menyediakan akujanji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya,
  • serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan (mahkamah) berkaitan kes ini.

“Segala tuntutan yang dibuat oleh anakguam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam.

“Sekiranya mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut terhadap Malaysiakini,” tegas beliau.
Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan juga Ketua Editor, Steven Gan kerana telah membenarkan artikel tersebut diterbitkan.
Categories:

2 ulasan:

  1. Itu saja ke yang diminta dari mkini. Dont waste money nor time.

    BalasPadam
  2. 24 jam. Cepat 3x. Kalau tak nanti duit terbang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping