Sabtu, Mei 17, 2014


Rasanya sudah berhari - hari, The Unspinner mendedahkan dalang disebalik pintu bilik perang yang mengatur langkah 'membunuh' karier Politik 'Robin Hood Kemaman'.

Dan yang terbaru, satu kiriman SMS pula dibangkitkan oleh blog tersebut bagi mengukuhkan pendedahan yang dibuat mengenai dalang tersebut. (Klik Sini).

Tapi, bukan dalang itu sahaja yang bergerak cargas dalam mengatur Skandal Sebalik Pintu Bilik Perang ni. Ramai lagi yang terlibat. Malah ada tokoh yang cukup kita kenali.

Lain tempat lain pulak agendanya. Tapi gerak kerjanya tetap sama iatu menjahanamkan Politik YAB Perdana Menteri. Kerja diorang ni bukannya membantu parti.

Bercerita mengenai salah seorang dalang yang hangat diperkatakan, teringat pulak cerita pasal salah seornag dari mereka yang pernah dibangkitkan dalam Parlimen sebelum ini.

Waktu tu, soalan yang diajukan oleh Rafizi menjadi perhatian mengenai kedudukan seorang individu yang turut ada kaitan dengan 'Bilik Perang' ni.

Jangan kata Rafizi, kita yang duduk di luar pun masih tertanya - tanya, apa kedudukan sebenar individu tersebut. Apa jawatan yang dia sandang pada ketika ini?

Soalan Rafizi, dulu boleh la kata yang dia tu Duta bertaraf Menteri. Sekarang ni, dia bukan Duta. Jadi, apa kedudukan dia yang sebenarnya? Penasihat bertaraf Menteri?

Ada ke jawatan Penasihat bertaraf Menteri ni? Kenapa kedudukan dia diletak begitu tinggi sehingga persoalan mengenai kedudukan dia tu terpaksa dijawab oleh orang lain?

Sampai hari ini, individu yang disebut oleh Si Rafizi tu masih lagi mendiamkan diri dan tidak menjawab soalan tersebut biar pun ada dikalangan orang UMNO sendiri tertanya - tanya.

Bukan la kita sokong sangat soalan Si Rafizi tu. Tapi setidak - tidaknya, sebagai seorang tokoh, individu tersebut perlu menjelaskan kedudukan dia kepada rakyat.

Itu pun KALAU dia seorang individu yang bertanggungjawab la. Tinggal lagi, orang yang bertanggungjawab takkan ambik kesempatan demi kepentingan diri sendiri. Ye tak?

Sebenarnya, individu tu la yang menjadi dalang besar disebalik pintu Bilik Perang selama hari ini. Orang macam dia la yang suka memanipulasikan informasi demi kepentingan peribadi. Sepatutnya, orang macam ni dah lama dibuang ke dasar laut!!! Buat semak je!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping