Jumaat, Mei 16, 2014


Kalau dalam medan perang, syura perangnya bermesyuarat bagi merencana gerak kerja serta stratergi yang sesuai untuk kita menghadapi pihak lawan.

Tapi lain pulak dalam keadaan sekarang ni. Sewaktu PRU yang lalu, syura perang ni ada dibuat di Kuala Lumpur. Malah, penubuhan Bilik Perang juga turut diwujudkan.

Mula - mula kita anggap tujuan wujudnya "Bilik Perang" tu adalah untuk menyalurkan maklumat kepada orang bawahan agar dapat disebarkan.

Kita ingatkan "Bilik Perang" tu merupakan sebuah Data Bank dan Pusat Rujukan yang akan memberi kita bahan untuk berhujah dengan orang melalui media.

Turut dilaporkan salah satu fungsi "Bilik Perang" tu adalah untuk mengumpul, menganalisa serta menyalurkan maklumat mengenai isu yang timbul diperingkat akar umbi.

Tapi realitinya, "Bilik Perang" di Kuala Lumpur tu ada fungsi lain pulak rupanya. Memang betul dah diorang jadi pusat mengumpul maklumat dari peringkat akar umbi.

Cuma tujuan dan kegunaan maklumat yang disalurkan tu lain pulak tujuannya. Ianya digunakan BUKAN untuk mengatur strategi menyerang pihak musuh.

Jauh sekali jika ianya menjadi Data Bank yang mampu memberikan kita maklumat berkaitan dengan isu yang berbangkit melalui semua medium yang ada.

Jangan kata la yang Data Bank tu mampu memberi kita jawapan bagi isu yang dibangkitkan oleh pihak lawan. Sebaliknya, maklumat yang kita berikan tu lain pulak fungsinya.

Tujuannya hanya diketahui oleh 'mereka - mereka yang tertentu' sahaja. Dan mereka - mereka inilah yang menjadi Punahsihat Putrajaya yang bergaji berpuluh ribu sebulan.

Segala maklumat yang dihantar rupanya ditapis untuk dijadikan bahan bagi memburukkan imej serta mempertikaikan pemimpin - pemimpin tertentu yang sedia ada.

Dengan adanya maklumat itulah 'Mereka - Mereka yang Berkenaan' mula mengatur langkah untuk mencantas dan membunuh karier Politik orang - orang tertentu.

Kalau macam tu la gayanya nak teruskan perjuangan dengan mencantas orang lain yang tak sebulu dengan 'mereka - mereka yang berkenaan' tu, alamat jahanam la jawabnya.

Sepatunya orang macam tu yang perlu dikerat dulu sebab diorang bukannya nak membantu mengukuhkan parti. Nak bagi jahanam lagi ada la!!! Jenis orang macam ni patut awal - awal lagi dihumban ke dalam laut. Tak pun campak je diorang tu ke dalam hutan!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping