Jumaat, Mei 09, 2014


Baru tak sat TPM dok bagi peringat pada pengamal media supaya jangan mudah buat artikel yang kemudiannya dikesali. Jadi, Pak Menteri pun kena ikut sama.

Kalau dah isu tu tak menjadi isu dalam mesyuarat kabinet, buat apa lagi Pak Menteri nak dedahkan kepada pihak media? Salah sendiri beb. Bukan salah pihak media.

Apa la cerdik sangat Pak Menteri yang duduk di Pejabat Perdana Menteri ni ye. Hari tu dah ada sorang buat kecoh. Ni datang sorang lagi pulak buat hal yang bukan - bukan. Bikin malu sama orang je kerjanya!!!
PUTRAJAYA : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun hari ini memohon maaf atas kekeliruan yang timbul berikutan laporan tentang pengguguran ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tidak memberi nilai tambah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata perkara itu ada dibincangkan dalam Kabinet namun tiada sebarang keputusan dibuat.

Beliau berkata laporan akhbar yang menyiarkan berita berkenaan tidak mencerminkan kenyataan sebenar yang dibuat olehnya semalam.

“Laporan yang tidak tepat ini telah menimbulkan keresahan dalam masyarakat,” kata Entulu dalam kenyataan ringkasnya itu.

Dalam sidang media di Putrajaya semalam, Entulu dilaporkan berkata Kabinet memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas laporan itu di Taiping, Perak hari ini menjelaskan Kabinet tiada membuat keputusan untuk memansuhkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.
Categories:

2 ulasan:

  1. Mcm buat try n error jr
    Org terima, ok
    Org x terima, buat kenyataan kata laporan x tepat la. Itu la ini la

    BalasPadam
  2. masih lebih baik meminta maaf,sedar diri

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping