Khamis, Mei 22, 2014


Pelakon Norman Hakim terkejut apabila mengetahui rumah tangga bekas isterinya iaitu Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang baru dibina sedang bergolak.

Norman berkata, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar selain mendoakan agar kedua-dua pihak menemui jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul.

"Saya sangat terkejut apabila isteri saya, Memey memberitahu dia terbaca kapsyen foto di Instagram Abby seolah-olah perkahwinan Abby sedang berhadapan dengan masalah.

"Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubunginya dan bertanya 'awak ok?' 

"Dan Abby pula balas; 'Ok! Saya ada Allah...' Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya," kata Norman yang dihubungi di sini semalam.

Terdahulu pada Sabtu lalu Abby memuat naik status pada Instagram miliknya seolah-olah rumah tangga dia berhadapan dengan ujian selain memohon peminat mendoakan kebahagiaan dia dan suami.

Status tersebut membuatkan ramai yang mengandaikan hubungan Abby dan Muhammad Noor Farhan sedang bergolak.

Dalam pada itu, tambah Norman, dia juga meminta orang ramai untuk berdoa agar pasangan berkenaan dapat menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin.

"Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya. Moga masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik," ujarnya.
Categories: ,

7 ulasan:

  1. mana awak ada peminat lagi

    BalasPadam
  2. Semoga Cepatlah Bercerai Padan Muka Kau Abby Abadi...

    Inilah Balasan daripada Allah..

    BalasPadam
  3. kalu sedar ada Allah tak payah update status dimana-mana di media cyber dan siap mintak doa simpati lagi....sombong.

    BalasPadam
  4. Ops...jgn marah dgn ostazah tu..tu la orang tua tua cakap...kalu anjing yg dah biasa makan najis..kalau tak makan pun ...dia tetap akan hidu juga..wallahuallam

    BalasPadam
  5. bodoh abby abadi tu. aku nasihat kat dia instagram..supaya jgn heboh2kan hal rumahtangga dia. mengadu pd allah cukup .
    dia blocked aku.
    apa jadah le....

    BalasPadam
  6. lebih baik kita mendoakan yg baik2 bukan mendoakan supaya dia bercerai..jika terjadi pada diri anda sendiri bagaimana?

    BalasPadam
  7. Jika memilih Cashier Sebagai SUAMI terimalah Seadanya..

    Suami anda perlu dibantu..Dia bukanlah Lebai Politik, Tak boleh beli BMW untuk berlagak Macho sebagai Artis berada,

    Suami anda ialah Cashier yang bermaruah..Bukan pencuri..itulah tahap nya..

    Syukur & Sabar..jalani kehidupan seperti orang lain..Seburuk2 dia- dia tetap suami anda..

    Teringat cerita Cinta Penggali Kubur, anak JUTAWAN kawin orang Siak Kampong..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping