Ahad, Mei 04, 2014


Heh! Kalau tanya SH mengenai soalan pada tajuk tu mudah je jawapannya. Mungkin tak lama lagi dia akan jadi 'Single'. Itu la status terkini dia. Tapi mujur soalan yang dia tanya lain.

Seorang penyokong Azmin, ‘saifuyoo’ bertanya status Nurul Izzah yang bertanding Naib Presiden PKR chai siapa, adakah chai bapanya atau ibunya?

“Punyalah tak nak bagi ‘post’ presiden pada bukan ahli keluarga, sampai macam tu sekali. Duhhhh,” kata ‘saifuyoo’ yang merujuk penguasaan Wan Azizah dalam menguasai parti sejak dari tahun 1999.


Persoalan yang dibangkitkan ‘saifuyoo’ juga turut disentuh oleh bekas aktivis reformasi dan PKR yang menegaskan Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution merupakan proksi Wan Azizah.

Kolumnis FMT, Lisa Adam berpendapat pembentukan pasukan ‘Masa Depan Bersama’ yang didukung oleh Nurul Izzah Anwar, Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli mungkin satu-satunya senjata utama bagi menyekat atau juga membunuh pengaruh Azmin Ali.

Kedudukan Terkini Jawatan Naib Presiden PKR
“Pakar strategi PKR ini sebenarnya masih terkapai-kapai mencari hala tuju dalam parti apatah lagi dengan kegagalannya menyingkirkan Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor.

“Kajang Move juga telah menjadi titk hitam bagi Rafizi kerana ia telah memperlihatkan Rafizi sebagai seorang yang tidak mementingkan pendapat akar umbi serta suka bergerak sendirian.

“Saifuddin pula kurang menyerlah walau sebagai Setiausaha Agung dan jika membandingkannya dengan Azmin, Saifuddin tampak kerdil,” kata Lisa Adam dalam tajuk “Menumpang kekuatan Nurul?.”
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping