Sabtu, Mei 17, 2014


Huh! Sekali baca tajuk ingatkan cerita ni ada la kaitan dengan punah cerah PAS yang sorang tu. Ingatkan ianya ada kaitan dengan Si Ostazah Aishah yang kalah kat Jempol sebelum ini.

Mana la tau kot - kot cerita ni ada kaitan dengan Ostazah Mee Segera yang dilahirkan oleh PAS tu ye tak. Baru pakai tudung dah anggap diri tu penuh dengan ilmu agama.

Baru jejak kaki dalam dunia Politik, ada hati pulak nak tegur orang tak tentu pasal sedangkan kehidupan sendiri pun tunggang langgang.

Tapi, jangan pelik sangat beb dengan orang macam ni. Dulu kehidupan dia penuh glamour dan sentiasa nak perhatian dari orang sekeliling. Jadi, sekarang pun tak berubah juga.

Maka disebabkan itulah orang macam Si Ostazah Mee Segera PAS tu suka buat kontroversi yang bukan - bukan. Perangai dia sebijik macam Ostazah Ebi tu.

Tinggal lagi, cerita pasal Aishah ni bukan la sebab sebab dia ada nama yang sama dengan Si Ostazah Mee Segera PAS tu. Sebaliknya, dia nak tukar nama supaya dia mudah dikenali. Tak de kena mengena pun dengan Ostazah Mee Segera tu. Jangan la dia perasan pulak!!!
PETALING JAYA: Penyanyi Aishah (AF7) benar-benar kecewa apabila percubaannya menghasilkan lagu tidak mendapat sokongan orang atasan sebuah stesen radio sebaliknya karya dia dianggap tidak ikut trend semasa.

Aishah atau nama sebenar Siti Aishah Bujang, 22, berkata, lagu berjudul Indah genre kontemporari jaz itu dikatakan sudah lapuk dan tidak lagi sesuai untuk pendengar stesen berkenaan.

"Saya rasa sangat sedih dan kecewa apabila lagu pertama ciptaan saya mendapat komen negatif daripada orang atasan sebuah stesen radio.

"Saya cuba minta dia dengar dahulu karya saya itu dan katanya muzik tersebut tidak sesuai untuk dimainkan kerana tidak mengikut trend masa kini," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Aishah berkata, dia kini mahu dikenali sebagai Ecah sebagai nama kormersial.

Sudah sampai masanya untuk dia berdiri menggunakan nama sendiri tanpa dibayangi dengan program realiti Akademi Fantasia.

"Ramai penyanyi bernama Aishah sebab itu saya nak orang kenal saya dengan nama Ecah. Lagi pula orang disekeliling memang memanggil saya dengan nama itu," katanya.
Categories:

1 ulasan:

  1. Aishah ke, Ecah ke, kalau tak de bakat, tukar lah nama tu seribu kali pun.....tak ke mana jugak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping