Alamak ai!!! Baru je beberapa hari dia jadi Menteri Besar Terengganu yang baru, dah pandai pulak dia nak memalukan puak - puak Pakatan Haramjadah tu.
Jika sebelum ini, Si Ahmad Said tu telah memalukan PAS apabila buat pengumuman menyatakan bahawa dia jadi ADUN Bebas tetapi tetap sokong Kerajaan BN. (Klik Sini)
Kenyataan itu membuatkan PAS melopong dan berputih mata. Tambah memalukan PAS ialah apabila Si Ahmad Said tu kembali ke pangkuan UMNO dan menjadi ADUN BN.
Sekarang giliran Menteri Besar Terengganu yang baru tu pulak memalukan PKR. Kalau sebelum ini, Pengerusi PKR Terengganu tampil buat dakwaan yang bukan - bukan.
Kata dia, ADUN -ADUN Barisan Nasional yang keluar parti sebelum ini hanya kembali ke pangkuan UMNO atas dasar dapat tawaran jawatan Exco Negeri.
“Jadi masalah ini tak akan selesai, malah akan memburukkan suasana. Babak kedua adalah apabila pelantikan exco baru menggantikan exco yang lama.
“Episod ketegangan dan pergaduhan mungkin lebih berpanjangan. Babak kedua ini akan diikuti babak ketiga di dalam DUN apabila menteri besar yang baru akan diuji dengan undi tak percaya,” ujar Azan.
Heh! Itu dakwaan yang dia buat tanpa berdasarkan kepada bukti yang kukuh. Semuanya hanya andaian Si Azan Ismail tu semata - mata. Bukannya dia berpijak pada realiti pun.
Hakikatnya, Menteri Besar Terengganu menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk merombak barisan Exco Negeri dalam masa terdekat.
"Keadaan selesai selepas jumpa Perdana Menteri...tidak akan ada pertukaran Exco dan portfolio pada masa ini.
"Kita dah keluarkan arahan dan Exco serta wakil rakyat kerja seperti biasa... kita akan teruskan bekerja sebagai satu pasukan," katanya kepada pemberita selepas tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini.
Nah!!! Itu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu yang baru tu. Jadi, jangan la Si Azan Ismail tu nak melopong pulak bila baca penjelasan tersebut.
Nasihat SH buat Si Azan Ismail tu mudah. Jangan sibuk dengan urusan orang lain. Pasti kan parti sendiri tu tak kucar kacir. Jangan setakat pandai buat kecoh je tak tentu arah. Kalau parti sendiri pun tak pandai nak urus, jangan berangan nak urus parti orang lain pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.