Rabu, Mei 07, 2014


Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan Gabungan Persatuan Cina Temerloh, bagi menyelesaikan polemik isu pelaksanaan hukuman hudud yang menjadi bualan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini.

Beliau berkata, dialog itu bertujuan untuk merungkai segala salah faham berkenaan pelaksanaan hudud, selain mereka boleh menyuarakan perkara yang tidak mereka faham tentang pelaksanaannya.

“Saya memahami bahawa isu pelaksanaan hukuman hudud ini timbul bukan sahaja daripada kalangan masyarakat bukan Islam, malah masyarakat Islam sendiri sebahagiannya masih memerlukan pencerahan mengenai pelaksanaan hudud ini secara keseluruhannya,” katanya.

Nasrudin berkata, pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah adalah salah satu penyelesaian atau alternatif kepada kegagalan semasa yang dihadapi undang-undang konvensional sedia ada.

Justeru katanya, atas hak yang dibenarkan sistem demokrasi, penerangan mengenai hukuman hudud juga perlu dihormati dan diadili sebaiknya supaya isu jenayah dan keselamatan yang sedang melanda negara dapat dibendung dengan lebih berkesan.

Beliau berkata, surat tawaran dialog tersebut telah dikeluarkan oleh Pejabat Parlimen Temerloh, semalam.

“Saya mengharapkan semua pihak terutamanya dari Gabungan Persatuan Cina Temerloh bersedia untuk berdialog dengan kami bagi menjelaskan apa yang mencetus salah faham mereka terhadap Islam dan pelaksanaan hukuman yang ditetapkan oleh Islam.

“Bila dan di mana majlis dialog itu, terpulang kepada kesediaan mereka dan saya perlu mendapat respons dari pihak mereka terlebih dahulu setelah mereka menerima surat dari kami selepas ini.

“Dialog adalah salah satu jalan terbaik untuk memberi jawapan kepada 1,001 persoalan yang mencetus kebimbangan mereka terhadap hasrat Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah dan mana-mana pihak yang keliru sewajarnya menerima penjelasan terlebih dahulu sebelum menentang,” katanya.

PS: Heh! Boleh la ADUN Mentakab yang mewakili DAPigs tu bantu Ahli Parlimen Temerloh ni mentarbiyahkan ahli - ahli DAPigs sekali. Jangan pulak dia setakat nak lepas tangan!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Pelapis pemimpin Pakatan begitu banyak yang berani berhujah dan tegas. Walaupun kadang2 melakukan kesilapan manusia biasa.

    Pelapis pemimpin barisan begitu banyak yang berani macam 'samseng' dan tegas dalam mengaut kekayaan.

    BalasPadam
  2. Dgn puak sendiri blh pulak kata berdialog itu jalan terbaik. Tetapi bila dgn kerajaan berdialog tak baik jalanan baik. Dasar penipu rakyat PR.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping