Pergh!!! Seram gila bila baca cerita ni. Kalau setakat sekor dua tu boleh lagi kita cerita. Tapi yang ni sampai 60 ekor, mau tak tegak bula roma dibuatnya.
Katanya 60 ekor hantu tu dibela dengan baik dan hanya diseru apabila diperlukan oleh tuan dia. Dan bukan selalu tuan dia panggil hantu dia datang. Cuma waktu tertentu je.
Dikatakan 60 ekor hantu tu tak duduk di satu tempat. 30 ekor ada di Taman Permai, manakala 30 lagi ada di Kota Pendamar. Kedua - duanya di Klang.
Kewujudan hantu tu mula disedari apabila ada orang mula mempertikaikan beberapa kejadian aneh dilaporkan berlaku baru - baru ini. Nak pulak sejak beberapa minggu lalu.
Mana tidaknya. Nama hantu tu dikatakan masih wujud dalam senarai daftar pemilih bagi Pemilihan PKR dikawasan Klang. Malah mereka juga turut menerima surat untuk mengundi.
Bekas Ketua Ranting PKR Taman Permai, Klang, A Prakash mendakwa perkara itu dilihat boleh membuka peluang kepada pihak tertentu untuk memasukkan nama bekas anggota parti terbabit sebagai pengundi hantu.
"Mereka menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya dan Barisan Nasional gunakan pengundi hantu tetapi PKR lebih teruk. Mereka sepatutnya memadamkan nama ahli yang telah keluar parti tetapi selepas diperiksa nama kami masih ada dalam sistem (senarai ahli)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
"Ini boleh menyebabkan berlaku penyelewengan dan cubaan untuk menambah undi berikutan pengiraan undi akan dibuat di ibu pejabat PKR dan keputusan pemilihan hanya akan diketahui dua hari selepas pengundian," katanya.
Heh! Heran kan. Macam mana pulak hantu boleh terima surat suruh pergi mengundi? Kalau selama ini diorang asyik tuduh SPR je dok import Pengundi Hantu tanpa bukti yang kukuh.
Sekarang, dakwaan yang sama juga mula ditempelak ke muka diorang sendiri. Diorang pun turut didakwa ada membela 'Hantu'. Mana diorang nak letak muka?
Mungkin PKR ni masih lagi tak sedar diri gamaknya. Diorang ni tak tau yang orang dah mula menyampah dengan Politiking melampau yang diamalkan pemimpin parti tu.
Maka sudah - sudah la nak memalukan diri sendiri tak tentu arah. Kalau dah orang tu keluar dari parti sebab menyampah, tak payah la sibuk - sibuk diorang nak hantar surat dan sebagainya. Kalau dah dasar PENIPU tu, PENIPU la jugak!!!
Itulah selalu membuat fitnah akhirnya dosa fitnah itu balik ke diri sendiri. Allah menyebelahi dipihak yang benar.
BalasPadamCERITA PENGUNDI HANTU DALAM PRU 13 TU ADALAH KHAYALAN PR.SBB BAB ITU MEMANG DIA PAKAR
BalasPadam