Sabtu, Jun 14, 2014


Pergh!!! Tak pernah lagi dengar kata ada Perdana Menteri diberikan amaran sedemikian. Ini kali pertama kita dengar ada yang kena 'sound' depan - depan macam tu.

Mungkin sebab selalu sangat tersalah cakap sehingga membuatkan ada pihak yang mengeluarkan amaran sedemikian. Bak kata orang tua- tua, kerana mulut badan binasa.

Tapi jangan pelik pulak. Bila seseorang tu rasa diri dia terlampau bagus, maka inilah jadinya. Mula la dia mencari musuh tak tentu pasal. Akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Ini kisah Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Edrogan yang diberi amaran oleh pihak Kerajaan Austria menjelang lawatan kerja yang akan dilakukan tak lama lagi.

Katanya, Edrogan diberi amaran supaya menjaga mulutnya agar tidak mencetuskan sesuatu yang mampu memecahbelahkan rakyat di Negara berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan, Edrogan membuat kenyataan yang menyinggung pemimpin pembangkang Jerman yang berketurunan Turki.

Malah dia juga turut membangkitkan isu penentangan terhadap asimilasi yang diamalkan dengan lantang dalam ucapannya sewaktu di Cologne.

Ekoran dari tindakan tersebut, Menteri Luar Austria sekali lagi mengingatkan Edrogan supaya menjaga tingkah lakunya sepanjang lawatan ke Negara tersebut kelak.
“Saya memberi amaran tegas kepada Perdana Menteri Erdogan: beliau tidak harus menyebabkan berlaku perpecahan dalam masyarakat Austria,” kata Menteri Luar Austria, Sebastian Kurz dalam akhbar Oesterreich Daily. 

“Jika beliau membuat kenyataan positif dan berucap dengan menyentuh perkara yang baik, ia sudah tentunya dapat membantu,” kata Kurz. 


“Tapi jika beliau melakukan sebaliknya, seperti di Jerman, beliau akan hanya menyebabkan kemusnahan bukan sahaja kepada penduduk majoriti tapi juga terhadap pendatang Turki,” katanya. 
Heh! Susah juga bila ada orang yang lantang bersuara dan selalu ingat diri dia je yang betul. Sampai tahap dia ingat orang lain tu semuanya berada dibawah dia gamaknya. Orang macam ni memang patut diberi amaran sedemikian supaya dia tak celupar mulutnya!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Adakah itu menafikan hak asasi manusia dan hak bercakap,,,kena juga tanya Bark Council

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping