Heh! Siapa kata orang PAS ni semuanya tak de otak? Hanya segelintir pemimpin yang BONGOK je yang akan tertipu dengan agenda sulit puak - puak DAPigs tu.
Nak pulak bagi pemimpin yang terlalu 'dahagakan' kuasa dan ghairah tak tentu pasal. Hanya pemimpin macam tu je yang akan terpedaya dengan tipu helah DAPigs.
Nah!!! Berikut dipaparkan hasil nukilan seorang blogger PAS mengenai kunjungan yang dibuat oleh Si Kit Siang terhadap Nik Aziz sebelum ini. Bagi pemimpin yang dahaga tu, boleh la baca. Jangan jadi buta perut sangat!!!
DAP sudah lama tahu, untuk ambil hati PAS bukannya susah sangat. DAP boleh menggelarkan PAS dengan pelbagai gelaran. Boleh membodoh-bodohkan PAS dengan pelbagai cerita.
Malah boleh menuduh PAS dengan sebarang tuduhan yang mereka suka. Apabila ahli-ahli PAS sudah mulai marah, DAP akan melihat terlebih dahulu.
Kalau memberikan keuntungan kepada mereka, DAP akan menambahkan api kemarahan tersebut dengan pelbagai tuduhan yang lain.
Malah DAP menerusi beberapa pemimpin mereka yang vokal seperti Anthony Loke atau Tony Pua, PAS akan diperlekehkan tidak ubah seperti anjing kurus minta tulang yang boleh disepak diterajang sesuka hati mereka.
Namun apabila DAP berhadapan dengan kerugian apabila PAS menunjukkan sikap memberontak atau cuba bersikap lebih bijak dari sebelumnya, DAP ada kaedah lain untuk terus memujuk PAS agar terus sujud dan tunduk kepada mereka.
Contoh terbaiknya adalah PRK Teluk Intan!
Apa yang DAP tidak katakan kepada PAS? Bahkan PAS dihalau seperti anjing kurap dari Pakatan Rakyat hanya kerana PAS mahu membentangkan Usul Persendirian Perlaksanaan Hudud di Kelantan, walaupun sebenarnya, PAS yang menjadi nadi untuk Pakatan Rakyat kerana tanpa PAS, DAP dan PKR tidak akan dapat waimma satu kerusi Parlimen apatah lagi DUN.
Kerana PAS jugalah, DAP dapat majoriti besar apabila orang Cina tidak lagi percaya kepada MCA atau GERAKAN sebagai wakil mereka. Malah kerana PAS jugalah, orang India mulai membuka mata bahawa MIC dalam BN tidak boleh membantu mereka kerana para pemimpin MIC sibuk mengumpulkan dana yang diperuntukkan untuk masyarakat India, di dalam akaun mereka sendiri.
Dek kerana itulah, Lim Kit Siang menjadi duta DAP untuk bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA). DAP sangat tahu, kalau menghadap TGNA saja, maka semua masalah mereka akan selesai. Semua kesalahan dan caci maki mereka terhadap PAS juga akan dianggap sudah ‘settle’.
Setakat jumpa kemudian mengumpan TGNA dengan Dyana Sofya yang mereka jadikan sebagai ikon baru untuk memberi isyarat kepada ahli-ahli PAS bahawa kesemua ahli-ahli dan jemaah PAS perlu terus tunduk dan sujud kepada DAP kerana Lim Kit Siang sudah pun menghadap TGNA.
Pada masa yang sama, para pemimpin DAP yang lain terus menyerang HUDUD dan Islam seperti yang dilakukan oleh Ngeh Koo Ham, saingan Lim Guan Eng dan pada masa yang sama, merupakan Pengerusi DAP Perak.
Ahli - ahli PAS sepatutnya tidak mudah berpuas hati dengan kaedah ‘merendah diri’ yang ditunjukkan oleh Lim Kit Siang.
Secara peribadi, aku melihat usaha yang dilakukan oleh Lim Kit Siang yang membawa rombongannya yang turut disertai oleh Dyana Sofya sebagai umpan dan helah semata-mata untuk terus menekan kepala ahli-ahli PAS agar terus kow tow di hadapan mereka.
ini menunjukkan bahawa melayu khasnya PAS bolih pada bila bila masa diperbodohkan selama lamanya
BalasPadam