Eh! Tersalah baca berita pulak. Ingatkan Si Fuziah tu yang buat kerja dibawah ni. Rupanya bukan. Selama ini kita ingatkan Si Fuziah tu bagus sangat buat kerja dia.
Kalau tengok pada ceritanya, macam la dia yang buat semua kerja dalam Kuantan ni. Macam la dia je yang dok rajin membela nasib rakyat. Hakikatnya, indah khabar dari rupa je.
Ada yang merempat dalam kawasan dia sendiri pun dia buat tak tau je. Yang dia sibuk dok jual roti. Tu pun roti dah basi yang dia jual pada orang.
Cerita yang dia boleh bawak hanya isu pasal Lynas. Tapi sejak isu pasal penyelewengan dalam pemilihan didedahkan sebelum ini, senyap pulak Si Fuziah tu. (KLIK SINI)
Mungkin dia pun takut. Kalau dia banyak bunyi, nanti dia pulak yang akan dikenakan tindakan. Itu pasal la dia terpaksa duduk kat rumah dan mendiamkan diri. Sampai tahap kerja dia sebagai wakil rakyat pun orang lain yang kena buat!!!
KUANTAN – Walaupun bantuan rumah untuk tiga keluarga yang diminta keluar oleh penduduk kampung dari kawasan kebun baru-baru ini dan menumpang di Pejabat Badan Amal Kemanusiaan (Bakkiss) Balok, di sini, masih kabur namun perhatian daripada pelbagai pihak yang diterima memberi harapan baru kepada mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Datuk Abu Bakar Harun berkata, permohonan untuk mendapatkan penempatan baharu kepada keluarga berkenaan sedang diuruskan dan dalam proses perbincangan.
“Bakkis tengah uruskan dengan kerajaan negeri berhubung bantuan atau penempatan baharu kepada keluarga ini dan kita sedang menunggu keputusan daripada pihak berwajib.
“Buat masa sekarang keluarga ini menerima bantuan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dan pertubuhan bukan kerajaan.
“Saya juga akan berhubung dengan Yayasan Pahang untuk saluran bantuan bagi anak-anak keluarga ini yang bersekolah iaitu kita akan mohon bantuan rakyat termiskin dan biasiswa.
“Jika bantuan perumahan diluluskan, mereka mungkin akan ditempatkan di kawasan Pak Mahat, tetapi keluarga ini mesti berupaya membayar ansuran secara bulanan.
“Dari segi permasalahan rakyat memang banyak yang timbul tetapi kita kena lihat skop boleh dibantu dan membuat kajian supaya tidak dipandang serong oleh segelintir pihak,” katanya pada sidang media ketika melawat keluarga itu, di sini, kelmarin.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.